Wednesday, 29 May 2013

I'm Sorry

0 comments




10 CARA ROMANTIK MEMOHON MAAF!

1) Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau pejabatnya. jangan lupa selitkan sekali sekeping kad ucapan yang di tulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik apabila bunga pilihan kamu adalah bunga kegemarannya.

2) Coklat boleh berikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, apa kata hadiahkan kepadanya sebagai tanda kamu memohon maaf. Lebih comel jika kamu lekatkan 'sticky note' dan tulis perkataan 'I'M SORRY'.

3) Tulis di sebuah kad ucapan 10 SEBAB MENGAPA KAMU PERLU MAAFKAN SI DIA!

4) Bagi mereka yang 'jiwang' dan meminati muzik. Apa kata gunakan pendekatan dengan tujukan sebuah lagu meminta maaf padanya. 

5) Jika berkesempatan, tunjukan skill memasak kamu. sediakan menu kesukaannya kemudian layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta makanan yang lazat si dia pasti melupakan rajukannya.

6) Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan kamu yang merajuk itu bercuti yang mampu berikan ketenangan padanya. Dengan suasana yang aman dan damai si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan kamu.

7) Imbaskan semula kenangan-kenangan manis kamu bersama si dia. Tunjukan sedikit inisiatif yang sebenarnya kamu masih ingat segala perihal tentang kamu berdua. sekurang-kurangnya terubatlah sedikit luka di hatinya.

8) Hantarkan pesanan ringkas SMS padanya. Tetapi jadilah seorang yang kreatif sedikit. jangan lah kamu hanya setakat hantar kata "maafkan saya", pekara ini akan membuatkan si dia jemu dan semakin muak dengan kamu. Jadi cubalah guna kreativiti kamu untuk meluahkan perasaan. contohnya "awak, saya nak tanya ni! awak nampak tak girlfriend/boyfriend saya ? dia hilang lah! saya tau saya buat silap. saya memang tak sengaja.. saya harap sangat dia dapat maafkan saya and datang balik kat saya.. kalau awak nampak maklumkan kat saya tau!" secara tak sengaja si dia pasti akan tersenyum dan mula respond dengan pertanyaan kamu.

9) Jika kamu seorang yang tidak percayakan pada kuasa 'kad ucapan & sejambak bunga' apa kata kamu berdepan dengannya. sewaktu bersemuka, pastikan kamu hadir dengan wajah yang ikhlas dan senyuman yang jujur. Harus di ingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.

10) Cuba hantarkan e-mel yang mampu buatkan si dia tertawa. sama seperti No 8, Mood yang baik serta ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia pada kamu. Tetapi awas! jangan ulangi lagi ya. pisang tidak akan berbuah dua kali :)


Sumber : Remaja





Leave a Reply

Labels