Tuesday, 28 May 2013
Kasual Kemas
Koloborasi Kasual Kemas
Label eksekutif muda pastinya menggambarkan ciri kewibawaan dan keyakinan setiap mata yang memandang. Si profesional juga mahu tampil elegan walau kian diasak kesibukan tugas. Aneka rekaan kemas ialah jawapan terbaik buat mereka yang dambakan stail nan minima namun puas memikat. Oleh itu, ayuh kenali interpretasi stail ala profesional garap signature sang eksekutif muda.
Profesional Kasual
Terlalu banyak rekaan kemeja hari ini tetapi adakah kamu tahu menilainya daripada fabrik apakah yang benar-benar mencengkam tubuh kekarmu itu? Kemeja ialah elemen terbaik dalam memperlihatkan kod profesional kamu sebagai seorang eksekutif. Lebih santai apabila kamu menggayakannya dengan tali leher polos dan seluar slack agar tampak konservatif apabila dipadankan.
Etika Kemeja -T Polo
Sesuai bagi suasana kerja yang sedikit santai. Kemeja kasual (button-down shirt) yang tidak tebal atau kemeja-T Polo amat menarik untuk digunakan kerana ia membantu dalam menyesuaikan persekitaran dan pengudaraan pada setiap helaian rekaan. Lebih mantap apabila ia digandingkan dengan seluar kasual daripada fabrik khaki menaikkan lagi seri kamu sebagai pemimpin sebuah organisasi.
Katakan Tidak Pada Jean
Walaupun berpaksi pada elemen kasual, elakkan wahai si eksekutif muda daripada menyarungkan celana pendek mahupun jean bagi mengelakkan kamu kelihatan terlalu santai. Untuk kasut pula, kamu perlu sentiasa menggayakan kasut sarung (loafer) terutama daripada olahan kulit dan sentiasa memakai stoking untuk mengekalkan gaya profesionalmu itu.
Smart Kasual
Agak santai tetapi tetap profesional. Kemeja berkolar yang disatukan dengan kardigan bersama tonjol kod sporty sudah mencukupi untuk tampil dengan gaya ini. Tampak sedikit berbeza apabila kamu menggayakan kardigan bersama kerana ia lebih stylo jika dibandingkan dengan blazer yang lebih klasik.
Blazer
Apa lagi selain untuk nampak elegan. Blazer ialah penyumbang gaya utama. Ya! Stail blazer tidak perlu dilupakan kerana ia merumuskan segala segi gaya kamu untuk ke mesyuarat mahupun agenda formal yang lain. Kini variasikan gaya blazer dengan rona rusty yang lebih menawan seperti kelabu mahupun biru kelasi. Cukup mengagumkan apabila dipakai.
Khaki
Laluan kakimu pasti megah dengan satuan khaki. Rekaan kian menawan ini menyerlahkan gaya santai si eksekutif. Tidak salah menggayakan khaki ke pejabat. Hanya pastikan ia daripada tona warna yang sesuai dan tidak terlalu menyerlah. Hitam dan coklat merupakan warna selamat untuk digayakan.
Sumber : remaja.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

.jpg)

































