
Wednesday, 29 May 2013
Kebiasaan yang Memburukkan
Perkara yang sering menjadi kebiasaan buruk
Malas membersihkan sisa solekan di wajah sebelum tidur.
Ini merupakan kesalahan yang sering dilakukan oleh sebahagian besar wanita diluar sana. Ramai wanita yang malas membersihkan wajah sebelum tidur setiap hari. Padahal rutin ini untuk menjaga kulit wajah dari segala kekotoran, sisa solekan yang mungkin mengandungi bahan kimia dan habuk. Jika berterusan begini dikuatiri nanti kulit wajah akan menjadi kusan dan berjeragat serta cepat Nampak tua. Sebelum tidur seelok-eloknya basuhlah wajah dengan bersih, kemudian gunakan pelembab atau krim malam untuk memberikan vitamin pada kulit anda. Sisa solekan yang tidak dibersihkan akan bercampur dengan keringat dan menyumbat liang poro-pori kulit. Jika terpaksa tidur dengan solekan diwajah mungkin disebabkan terlalu penat atau mengantuk, keesokan harinya mestilah cepat dibersihkan. Selepas itu teruskan dengan penggunaan scrub muka untuk mengangkat segala kekotoran yang tertinggal.
Salah membersihkan alas bedak atau foundation.
Memilih alas bedak yang sesuai dengan kulit wajah adalah langkah awal untuk rias wajah yang sempurna. Kerana alas bedak mampu menutupi kedut dan cela diwajah dan kulit wajah akan nampak segar dan berseri jika betul cara menggunakannya. Bersihkan alas bedak dengan menggunakan makeup remover atau susu pembersih biasa. Selepas menyapu dan mengurutkan sedikit makeup remover atau cleansing milk kekulit wajah, lap dengan bersih menggunakan kapas muka, selepas itu barulah dicuci macam biasa dengan menggunkan sabun muka sehingga bersih.
Memakai pemerah pipi sekedarnya sahaja.
Fungsi pemerah pipi untuk memberikan rona segar pada wajah kita, nampak muda dan ceria. Cara memakai pemerah pipi yang tidak betul akan membuatkan wajah kita nampak pelik. Sapukan pemerah pipi sedikit dan rata dikawasan searah dari tulang pipi ke pelipis, bukan menuju telinga. Ingat, sapukan nipis sahaja dan jangan gunakan warna yang terlalu terang seperti merah menyala. Cukuplah gunakan secara samar-samar tapi rata.
Menggunakan pengering rambur terlalu panas.
Meskipun sangat membantu dalam penataan rambut, menggunakan hair blower atau pengering rambut terlalu panas akan merosakkan rambut kita. Rambut akan mudah patah dan rosak. Untuk mengurangkan kerosakan rambut, setiap selepas bershampoo cubalah sapukan dengan leave conditioner iaitu pelembab rambut yang tak perlu dibilas. Ianya akan melindungi rambut sehingga rambut tak mudah rosak.
Menggigit kuku.
Memang nampak pelik. Tapi pada sebahagian orang, menggigit kuku merupakan kebiasaan ketika gelisah. Tetapi bukannya tak ada orang yang menggigit kuku hanya kerana senang melakukannya. Menggigit kuku, akan mengakibatkan pola pertumbuhan kuku menjadi tidk teratur. Kuku menjadi raapuh dan hujung kuku akan bergerigi.
Sering melupakan krim UV atau krim pelindung matahari.
Krim pelindung matahari sangat penting untuk melindungi kulit kita dari kerosakan akibat radikal bebas, akibat cahaya UV matahari yang tak baik untuk kesihatan kulit kita. Memakai krim sunblock atau pelindung matahari juga boleh menghindari kulit kita dari dditumbuhi jeragat. Krim ini sebaik-baiknya dipakai sebaik usia mencecah 20 tahun dan kalau boleh jangan keluar rumah tanpa menggunakannya. Kalau tak nanti kulit akan banyak ditumbuhi jeragat dan tompok-tompok gelap sebaik usua mencecah 30an.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)