Tuesday, 28 May 2013
Lenguh Kaki
Masalah Lenguh Kaki
Lenguh kaki perkara yang biasa dialami setiap orang, terutama bila terlampau aktif. Itu belum lagi bersesak dengan manusia, berhimpit-himpit, jalan terkedek-kedek lagilah lenguh dibuatnya.
Selalunya lenguh kaki dikaitkan dengan pemakaian kasut tumit tinggi dan jugak kasut yang tidak sesuai dengan saiz kaki. Lagi satu sakit kaki atau lenguh-lenguh pada kaki juga sinonim dengan orang yang obesiti. Tapi tak mustahil yang tak obesiti pun boleh mengalami lenguh kaki.
Sebabnya kaki menampung beban berat badan kita. Semuanya tertumpu pada kaki untuk jangka masa yang lama. Berikut diperturunkan beberapa tips mudah untuk atasi lenguh-lenguh pada kaki.
Lakukan regangan kaki.
Regangan kaki memang bagus, lebih-lebih lagi kalau kaki sedang lenguh memanglah sedap. Caranya gerak-gerakkan kaki mengikut pusingan jam dan jugak lawan jam. Buat beberapa kali, Ala macam kita ‘warm up’ setiap kali berjogging dan bersenaman tu.
Letakkan kaki di tempat tinggi.
Letakkan kaki ditempat tinggi pun elok juga. Ia akan menarik otot-otot di bahagian kaki. Secara tak langsung, lenguh-lenguh itu pun akan hilang.
Buat urutan kaki.
Petua lenguh kaki yang selalu dipraktikkan setiap orang, iaitu buat urutan kaki. Picit di bahagian yang lenguh dan sapu dengan minyak panas, macam minyak merah, susu kambing dan sebagainya. Ia baik untuk memberi kelegaan pada kaki yang lenguh dan jugak mampu melancarkan peredaran darah di kaki kita.
Rendam kaki dalam air suam.
Rendam kaki di dalam air suam juga boleh membantu hilangkan lenguh pada kaki. Caranya letak saja air panas dalam baldi di bawah meja dan rendamlah kaki di dalamnya.
Lakukan refleksologi.
Refleksologi memang terbukti mampu meredakan segala kesakitan termasuklah lenguh-lenguh pada kaki. Amalan ini dah lama dilakukan sejak dulu lagi sebab ia merupakan salah satu perubatan kuno. Memberi tumpuan pada titik-titik refleks di bahagian kaki. Jalan atas batu refleksologi tanpa menggunakan alas kaki. Ia mampu melancarkan peredaran darah kita, meredakan ketegangan dan merangsang anggota berkenaan untuk berfungsi dengan baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































