Saturday, 11 May 2013

Mengapa Hubungan Tidak Bertahan

0 comments



Mengapa Hubungan Tidak Mampu Bertahan

1. MENIPU
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan. Menipu juga boleh mengakibatkan si dia tidak akan mempercayai kita langsung.

2. HARAPAN / KEBEBASAN
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. TERLALU MEMIKIRKAN ASPEK PERKAHWINAN
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. MENGUNGKIT HAL YANG LALU
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, cuba tahan diri daripada mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan. Benda yang lepas, biarlah. ia sudah berlalu, semua itu hanya kisah silam. Apa yang yang penting sekarang, ia merupakan episod cinta anda dan si dia. Janganlah hancurkan hubungan kalian hanya kerana seseorang di masa lalu si dia.

5. BERBEZA PENDAPAT
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. STATUS YANG TINGGI
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri.Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka. Dalam hal seperti ini, kita seharusnya belajar untuk menerima diri pasanagan kita dengan seadanya. Ingatlah bahawa tiada manusia yang sempurna. Jikalau si dia dapat menerima kekurangan serta kelemahan diri anda, kenapa tidak anda?





Leave a Reply

Labels