
Friday, 24 May 2013
Platipus
Kisah Platipus
Platipus atau Mallangong (Ornithorhynchus anatinus) ialah mamalia separa-akuatik kecil endemik di bahagian timur Australia, dan satu dari empat unjuran monotreme, kumpulan mamalia tunggal yang bertelur dan bukannya beranak (tiga yang lain adalah echidnas). Ia merupakan wakil tunggal bagi keluarga (Ornithorhynchidae) dan genus (Ornithorhynchus), walaupun fossil keluarga berkait telah dijumpai, sebahagian mereka juga tergolong dalam genus Ornithorhynchus.
Nama saintifik Ornithorhynchus secara harafiahnya bererti 'hidung burung' dalam bahasa Yunani, dan anatinus bererti 'itik'. Nama biasanya bererti 'kaki leper' dan asalnya diberikan sebagai nama genus Linnaean, tetapi ia kemudiannya diketahui telahpun diberikan kepada Kumbang Ambrosia pengorek kayu.
Fisiologi Platipus adalah unik. Kadar metabolik haiwan ini amat rendah berbanding mamalia lain, dengan purata suhu badan 32°C(90°F) bukannya 38 °C (100.4 °F) yang biasa pada mamalia berplacental. Sehingga mana ciri ini merupakan ciri monotremes, berbanding adaptasi pada sebahagian kecil spesies yang masih hidup kepada keadaan gentir, tidak diketahui dengan jelas.
Badan dan ekor lebar, leper Platipus diselitupi dengan bulu perang. Ia mempunyai kaki bercantum dan paruh yang besar, bergetah yang lebih menyerupai itik berbanding haiwan mamalia lain. Ini mendorong ia dikenali sebagai "Platipus berparuh itik" - "Duck-billed Platypus". Pendatang awal British memanggilnya sebagai 'Mondok Air' - 'Water Mole'.
Saiz jauh berbeza antara kurang dari satu kilogram (dua [[Pound#Pound (avoirdupois) or international pound|pounds]]) dan melebihi dua kilogram (kurang sedikit dari empat setengah paun); dengan panjang badan antara 30 hingga 40 cm (hampir 1 ' sehingga 1'3", dan panjang ekor antara 10 hingga 15 cm (4" to 6") bagi jantan dan 8 hingga 13 cm (3" hingga 5") bagi betina. Jantan sekitar dua per tiga ganda besar berbanding betina. Terdapat variasi jelas dalam purata saiz dalam satu kawasan ke kawasan yang lain, agak pelik pola ini kelihatannya tidak menurut sebarang hukum cuaca tertentu.
Anak Platipus moden mempunyai tribosphenik 'tiga bonjol - three-cusped' gigi molar, yang merupakan salah satu ciri utama mamalia; haiwan dewasa tiada bergigi. Rahang Platipus dibina agak berlainan dari mamalia lain, dan otot pembuka rahang adalah berbeza. Sebagaimana mamalia sebenar, tulang kecil yang mengalirkan bunyi kepada telinga dalam disekalikan dengan tengkorak, tidak hanya terletak pada rahang sebagaimana cynodont dan synapsid pre-mamalia lain. Bagaimanapun, bukaan luar telinga masih terletak pada dasar rahang. Platipus mempunyai tulang tambahan pada bahu "shoulder girdle", termasuk interklavikle, yang tidak terdapat pada mamalia lain. Ia juga mempunyai lengguk seperti reptile, dengan kaki yang terletak di sisi dan bukannya di bawah badan.
Platipus jantan mempunyai taji beracun pada pergelangan kaki, yang digunakan untuk bertempur sengit merebut kawasan dan peluang mengawan. Bisa ini tidak membawa maut pada manusia dewasa tetapi menhasilkan sakit berbisa dan keradangan yang mampu berlarutan selama beberapa bulan. Bisa ini mampu membunuh anjing dan haiwan peliharaan lebih kecil.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)