Tuesday, 28 May 2013
Ringkas Bergaya Dengan Seluar Pendek
Ringkas Bergaya Dengan Seluar Pendek
Seluar pendek bisa mencuri perhatian para jejaka terutamanya bagi mereka yang sukakan gaya ringkas nan polos. Akibat cuaca panas di negara kita, stail yang dahulunya di pandang sinis kini mula memikat semua. Dari kaca televisyen sehingga ke pentas runway semuanya menggunakan fesyen ini agar tampak lebih minimal. Seluar pendek pilihan utamaku!
Konsep High Street
Seluar pendek sebenarnya cukup sesuai digayakan untuk stail ala jalanan. Kepuasan gaya dengan potongan pelbagai kini menjadi pilihan apabila ia dipasak dengan karakter yang lebih klasik. Pilihan daripada fabric dan material berbeza membuatkan sesiapa sahaja akan selesa menggayakannya.
Warna Berani
Lelaki kini lebih berani dengan percaturan warna-warna terang seperti kuning, merah dan jingga untuk seluar khaki potongan chinos atau seluar pendek atas lutut. Generasi kini juga selesa memadankannya dengan kasut tanpa stoking buat mentality cita rasa tinggi.
Corak
Corak pada seluar pendek juga memainkan peranan penting untuk digunakan sepanjang hari. Lelaki tidak sesuai menggunakan seluar yang sarat dengan corak, melainkan ia daripada jenis seluar bermuda. Namun ada juga seluar bercorak abstrak memikat buat sang teruna seperti stail aztec, printed, tailored, belang mahupun vintage short.
Potongan Memikat
Seluar pendek ini mendapat perhatian kerana potongannya yang dilihat ringkas dan chic. Potongan daripada jenis dressier, slim cut dan slack dipotong sekitar lutut untuk kelihatan formal. Kini ada yang lebih bijak dengan membuat satuan bersama legging sehingga ia menjadi trend.
Saiz Tubuh
Pastikan pemilihan seluar pendek mengikut saiz tubuh kamu. Jika tubuh kamu sedikit gempal, elakkan penggunaan seluar pendek dari rona terang kerana ia akan menampakkan kamu lebih besar daripada saiz asal. Selain itu buat mereka bertubuh kekar, sarungkan sahaja tubuhmu biar tampak seksi dipandang si bunga dara.
Sumber : Majalah Remaja 15 Mei 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































