
Wednesday, 5 June 2013
Izaara Duta Baru Inner Shine
Izaara Duta Baru Inner Shine
Pelakon Oh! My English, Izara Aishah telah dipilih sebagai duta baru InnerShine bagi menjayakan kempen bagi formulasi terbaru minuman pati prun berkenaan.
Majlis pengumuman Izara Aishah sebagai duta terbaru InnerShine itu telah diadakan di Hotel Grand Millennium di sini, sebentar tadi.
Hadir sama pada majlis berkenaan Timbalan Presiden dan Pengurus Besar, Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang dan juga Pengurus Pemasaran Cerebos Malaysia, Carmen Liew.
Sempena pelancaran itu, turut dilancarkan produk terbaru InnerShine yang diperkaya dengan buah Camu Camu dari hutan hujan Amazon. Camu Camu dicatatkan sebagai sumber botanik Vitamin C terunggul di dunia.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)