Monday 8 July 2013
1 comments
15 JUNE 2012  ( KUALA LUMPUR )

Nur Iman menghayun laju langkahnya menuju kea rah almari pakaian yang di import dari Korea itu . Lantas daun pintu almari di tolak perlahan . Seketika matanya tertancap pada baju-baju yang tersangkut kemas . Kemudian baju-baju yang tersangkut itu di belek satu persatu . Raut wajahnya yang ceria kelihatan berseri-seri . Puas membelek, akhirnya tangan mulus itu mengambil sepasang baju kurung tradisional berwarna hijau apple . Senyuman diwajahnya terukir lagi . Kemudian baju itu di laying-layangkan ke udara dengan hatinya yang berbunga ceria . Cantik! Memang baju kurung tradisional itu tampak cantik di tambah pula dengan taburan labuci yang berserakan . Nur Iman menarik nafas sedalam-dalamnya sambil kedua belah matanya di pejamkan rapat . Tiba-tiba mata yang tadi terpejam terbukak luas . Di saat itu mindanya teringatkan sesuatu . Gelang jed! Bisik hati kecilnya . Lantas kotak kayu yang tersimpan rapi dalam almari di capai . Perlahan-lahan penutup kotak itu di buka . Melihatkan gelang jed yang berwarna hijau itu membuatkan dirinya terus mengukirkan senyuman yang semakin melebar . Gelang jed itu di tatap dengan penuh kasih . Itulah satu-satunya kenangan yang dia ada . Kenangan yang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya .
“Mak, ayah! Iman rindu .’’ Ucap Nur Iman perlahan sambil mengusap-ngusap gelang jed . Setelah puas menatap gelang jed itu, dia meletakkan kembali gelang jed itu ke dalam kotak berukiran . Saat meletakkan gelang jed itu, tangannya tersentuh sebentuk cincin berlian yang terlilit kemas di dalam kotak yang sama . Tangannya menjadi kaku tiba-tiba . Senyuman di bibirnya juga mati . Lantas satu persatu episode kisah lalunya terpamer jelas di ingatannya…..


27 JANUARI 2005 ( KG CHERANG MELINTANG )

‘’Aku  nikahkan dikau Nur Iman Dzulqarnain bin Muhammad Yusuf dengan Nur Iman Nuraina binti Radzak beserta mas kahwinnya dengan sebentuk cincin .’’
Pengantin lelaki yang tadinya khusyuk mendengar ijab di lafazkan lantas melafazkan Kabul .
“ Aku terima nikahnya Nur Iman Nuraina binti Mahfuz dengan mas kahwinnya adalah sebentuk cincin!’’
Serentak dengan itu tangan pengantin lelaki yang bersatu dengan tangan tok kadi di goyangkan kemas . Tanda selesainya sudah ijab dan Kabul . Apabila beberapa saksi mengangguk sah, maka sebuah perkahwinan yang di hajati oleh datuk Nur Iman Dzulqarnain  tertunailah sudah pada malam itu . Ya! Malam itu 27 januari 2005 telah menjadi saksi bagi segala-galanya . Tangan yang di angkat ke atas seketika kemudian setelah doa habis di bacakan masing-masing yang ada di situ meraupkan ke nuka . Tanda doa restu di berikan kepada pengantin baru . Tapi, satu sahaja yang mereka disitu tidak tahu , akan bahagiakah kedua-dua pengantin baru itu?
‘’Achik, pergi sarungkan cincin kat jari Iman .’’
Bisik Puan Sri Aziera ke telinga anak lelakinya itu . ‘’Okey!’’  Jawab lelaki itu sepatah . Wajah putih kemerahan di depannya itu di tatap malas . Perempuan ni memang cantik . Puji hati lelakinya . Namun, kecantikan wajah itu langsung tidak menarik perhatiannya . Tak berbekas sikit pun! Huh! Dia melepaskan keluhan perlahan . Seakan tidak percaya yang kini dia telah menjadi suami kepada seorang perempuan yang dia tidak cintai . Suka pun tidak .
‘’Achik! Cepatlah ambil cincin tu sarungkan kat jari Iman .’’ Suruh Puan Sri Aziera lagi . Dengan teragak-agak Nur Iman menghulurkan jari jemari runcing miliknya . Perlahan-lahan Dzulqarnain memegang jemari halus itu lalu di sarungkan cincin yang bertakhtakan berlian ke jari manis isterinya . Dalam ketika itu sempat lagi Dzulqarnain mencuri pandang wajah Nur Iman . Di lihatnya wajah itu Cuma menunduk sahaja dari tadi . Seulas senyuman pun tidak terbit di bibir mungil itu . Kemudian giliran Nur Iman pula menyarungkan cincin platinum ke jari Dzulqarnain . Semua yang ada di situ tersenyum gembira .
‘’Apa lagi Iman, ciumlah tangan suami kau tu .’’
Bisik satu suara di belakangnya . Nur Iman mengangkat wajahnya sedikit . Dengan perasaan teragak-agak dia menyambut huluran tangan itu lalu di ciumnya . Tak semena-mena ketika dia ingin mengangkat mukanya satu kucupan yang dia kira tidak syahdu mana pun singgah tepat di dahinya . Cup! Nur Iman kaget seketika . Apa ni?! Hatinya menjerit tidak rela menerima kucupan dari lelaki yang sudah sah bergelar suaminya itu . Namun tetap dia memaniskan roman wajahnya . Nak coverlah konon . Padahal dalam hatinya dah berbakul-bakul di marahnya lelaki itu . Tidak berapa jauh dari situ Tok Man iaitu datuk kepada Nur Iman Dzulqarnain tersenyum puas . Senang rasa hatinya dengan perkawinan cucu lelakinya itu . Dengan termeterainya perkahwinan antara Dzulqarnain dan Nur Iman maka terlepaslah sudah janji yang di pegangnya selama ini . Janji di antara dirinya dengan kedua ibu bapa Nur Iman suatu ketika dahulu . Waktu itu Nur Iman baru berumur tiga hari . Nama pangkal Nur Iman pun dia yang mencadangkannya . Bukannya apa, dia mahu nama pangkal bayi itu serupa dengan nama pangkal cucu lelakinya yang ketika itu berusia lima tahun .




Jam di dinding telah menunjukkan ke angka 11.15 minit malam . Hari ini selesailah  segala-galanya . Akad sudah, sanding pun sudah . Namun hatinya tetap tidak tenteram . Sejak dirinya dah sah menjadi isteri kepada lelaki yang dia tidak kenali itu lagi . Kini usia perkahwinannya sudah pun masuk hari kedua . Perlahan-lahan dia menghembuskan nafas ke udara . Macam tidak percaya! Kalau nak di ikutkan, dia baru berumur 18 tahun . Baru dua bulan lepas dia menjalani peperiksaan SPM . Tapi kini? Status berkahwin sudah dapat di sandang olehnya . Huh! Nur Iman mengeluh berat . Entah macam manalah agaknya kehidupannya sebagai isteri selepas ini . Entah seronok, entah tidak . Dia masih ingat lagi reaksi kawan-kawannya bila dia memberitahu yang dia akan berkahwin dengan seorang lelaki bamdar yang berasal dari Selangor . Semuanya terkejut beruk . Ada yang terlopong mulutnya, ada yang terbuntang biji mata dan tak lebih ada jugak yang selamba sahaja . Mungkin tidak percaya dengan berita yang di kabarkan oleh dirinya . Selain itu ada juga mengatakan dia seorang yang gatal! Tak sabar nak kahwin . Itu baru sedikit . Tidak termasuk lagi dengan mulut celupar si Jimah .
‘’Eleh….! Kau sudi terima pujukan Tok Man pun sebab duit kan? Yelah satu kampong ni tahu Tok Man orang kaya dari Bandar yang datang sini nak cari calon isteri untuk cucu dia . Aku rasa kalaulah Tok Man tu bukan dari golongan orang kaya, kau tak ingin kahwin dengan lelaki tu kan?’’ 
Ejek Jimah suatu hari . Nur Iman yang mendengar kata-kata tidak berasas Jimah itu menjadi berang .
‘’Hei Jimah!’’ Tempik Nur Iman kuat .
‘’Kau dah tak sayang mulut ke? Atau kau dah lama tak makan cili?’’
Jerit Nur Iman kuat . Sakit betul hatinya bila di tuduh yang bukan-bukan oleh mulut tak berinsuran Si Jimah itu . Ah! Apa yang si Jimah tu tahu . Jimah tidak tahu yang dia berat hati nak terima permintaan Tok Man . Si Jimah juga tidak tahu yang dia tiga malam buat solat sunat istikharah . Kalau bukan kerana perkahwinan ini berkait dengan kedua ibu bapanya yang telah lama tiada , dia mati hidup balik pun tidak akan setuju!
‘’Hei, menantu mama menung apa kat sini?’’
Habis berterbangan  ingatannya terhadap kata-kata si Jimah .
‘’Mama….’’
Ucap Nur Iman perlahan seraya mempelawa wanita pertengahan 40-an itu duduk .
‘’Apa yang Iman menungkan?’’ Ulang Puan Sri Aziera lagi .
‘’Entahlah mama . Iman ni nampak macam tak layak je nak jadi salah seorang ahli keluarga mama .’’ Nur Iman meluahkan rasa yang terbuku di hatinya .
‘’Apa yang Iman merepek ni? Mestilah Iman layak . Sebab Iman adalah pilihan Tok Man yang terbaik untuk anak mama . Lagi pun bagi mama, Iman ni sempurna sebagai seorang perempuan . Cantik, baik hati, walaupun cara Iman kasar sedikit tapi Iman tak kurang ajar . Masakan Iman pun sedap . Mama suka .’’
Puan Sri Aziera memberi komen sambil memuji menantunya itu . Sememangnya kata-kata yang di ucapkan tadi adalah ikhlas dari hatinya . Memang dia dah berkenan sakan dengan pilihan bapak mertuanya itu .
‘’Iya ke ni mama? Takkanlah semuanya baik?’’ Duga Nur Iman saja untuk melihat keikhlasan kata-kata ibu mertuanya itu .
‘’Hmmm….memanglah tak semuanya sempurna . Sape-sape pun takkan ada yang sempurna Iman . Tapi…. Bagi mama Iman tetap ada sesuatu yang istimewa dalam diri Iman, dan mama percayakan semua tu .’’
‘’Terima kasih mama .’’
Balas Nur Iman terharu dengan penerimaan wanita itu terhadap dirinya . Tak sangka dia mendapat ibu mertua sebaik ini . Syukur Alhamdulillah! Sempat hatinya mengucapkan syukur.
‘’Dah lah, jom lah kita masuk . Kat luar ni sejuklah  malam pun dah larut ni .’’ Ajak Puan Sri Aziera sambil memaut kemas bahu Nur Iman .







Nur Iman menutup perlahan daun pintu bilik yang sudah lama di huninya itu . Hatinya berasa lega bila di lihatnya bilik itu sudah gelap gelita . Lelaki tu dah tidur agaknya . Bisik suara hatinya . Suis yang berdekatan pintu di tolak ke bawah . Beberapa saat kemudian keadaan bilik yang tadi gelap gelita menjadi terang benderang . Sepantas itu juga matanya menangkap sesusuk tubuh yang berdiri menghadap kea rah luar jendela yang tertutup rapat . Nur Iman kaku tiba-tiba . Alamak! Lelaki ni tak tidur lagi ke? Sia-sia je dirinya menahan sejuk di luar sana . Ingatkan bila dah lewat malam macam ni dah tidurlah dia . Rupanya tak .
‘’Kau borak apa dengan mama?’’ Tanya lelaki itu serius . Suaranya mendatar saja . Takut Nur Iman mendengarnya . Dah tu guna pulak perkataan kau . Macam ni ke suami?
‘’Iman dengan mama borak pasal….hmm….pasal ….’’
‘’Sudahlah . Kau tak payah cakap . Aku nak tidur .’’
Tiba-tiba lelaki itu memotong cakap Nur Iman tanpa sempat Nur Iman menyudahkan kata-katanya . Eh! Lelaki ni . Tadi dia jugak yang nak tahu, bila aku nak cakap dia kata tak payah pulak . Mereng agaknya . Hati Nur Iman bertingkah sendiri . Matanya mengekori pergerakan lelaki itu yang berjalan menghampiri birai katil dan menghempaskan tubuhnya di situ . Nur Iman hanya memerhati sahaja tingkah suaminya itu . Lambat-lambat dia mengatur langkah menuju ke arah katil lalu merebahkan punggungnya di situ .
‘’Kau buat apa kat atas katil ni?’’
Tanya lelaki itu tiba-tiba . Terperanjat Nur Iman . Bodoh ke dia ni? Mestilah nak tidur . Nak buat apa lagi? Takkanlah itu pun tak boleh nak fikir? Sah! Memang lelaki ni otak mereng! Jawab Nur Iman berani , tapi sayang setakat dalam hati  jer .
‘’Iman nak tidurlah . Iman mengantuk dah ni .’’
‘’Mana boleh!’’ Bantah lelaki itu keras .
‘’Katil ni untuk aku sorang jer . Kau nak tidur, kat bawah .’’
Gila punya suami . Di suruhnya aku aku tidur kat atas lantai ni? Marah Nur Iman dalam hati .
‘’Kenapa Iman pulak yang kena tidur kat bawah? Rumah ni rumah Iman . Katil ni katil Iman . Jadi dah termaktub sangatlah Iman yang berhak ke atas katil ni .’’
Balas Nur Iman berani . Siap bercekak-cekak pinggang lagi . Tiba-tiba saja perasaan takutnya tadi menghilang . Lagi pun dia memang pantang kalau haknya ingin di pertikaikan .
‘’Elleh! Setakat katil buruk  kau ni, aku pun tak ingin lah . Dah lah keras semacam jer .’’
‘’Kalau tak ingin, tepilah . buat apa lagi atas katil Iman ni?’’
Ucap Nur Iman sedikit menjerit ke arah Dzulqarnain  namun masih di kawal lagi tahap volume suaranya itu . Sakit hatinya mendengar lelaki itu mengutuk  katilnya sebegitu . Apa? Hebat sangat ke katil lelaki tu sampai nak mengutuk katil aku? Nur Iman bertanya dalam hatinya sendiri . Ah! Siapa lelaki itu? Suaminya jugak!
‘’Peduli apa aku . Lagi pun, kau yang nak kahwin dengan aku . Kau kena terimalah suruhan aku .’’
Selimut di tarik menutupi keseluruhan tubuh sasanya . Dalam selimut dirinya tersenyum puas . Padan muka! Kau jangan haraplah nak goda aku . Hati lelakinya berbicara sendiri . Nur Iman yang mendengar setiap patah yang di luncurkan oleh lelaki itu terasa bagaikan hendak menjerit . Arrrghh…..! Jahanam! Jahanam! Hatinya yang sakit menjerit kuat . Mahu tak mahu , terpaksalah Nur Iman tidur di atas lantai dengan berbantalkan lengan . Selimut pun tak ada . Kesian Nur Iman pada malam itu .







Mentari pagi telah pun menampakkan sinarnya . Bunyi kokokan ayam jantan berselang seli dengan bunyi siulan burung di angkasa memberi kedamaian di waktu pagi yang hening itu . Bunyi riuh suara-suara manusia jelas kedengaran di bahagian dapur . Dzulqarnain memandang manusia-manusia yang duduk mengelilingi meja panjang kayu itu . Semua yang ada di situ adalah keluarganya . Seorang pun tiada ahli keluarga Nur Iman . Ada seorang, Mak Bedah . Tapi Mak Bedah tu hanyalah jiran bukan saudara-mara Nur Iman . Bibirnya di cebik . Memang benarlah kata Tok Mannya sebelum ni yang isterinya itu sebatang kara di bumi fana ini . Ah! Itu bukan urusannya .
‘’Achik! Buat apa tercegat kat situ lagi tu? Mari sarapan ngan kitorang ni . Sedap ni, sarapan kampong .’’
Ajak Tan sri Muhammad Yusuf  sambil menguyah pulut bakar yang masih lagi panas-panas .
‘’Cari kak Iman ke Abang chik?’’
Usik satu suara yang lain berserta senyuman nakal . Suara itu milik siapa lagi kalau bukan milik si Ria Rudaisha , adik Dzulqarnain .
‘’Sibuklah kau tu .” Dzulqarnain membalas kata-kata adiknya itu . Manakala ahli keluarganya yang lain Cuma tersenyum .
‘’Tok Man mana mama? Dia dah sarapan ke?’’ Tanya Dzulqarnain .
‘’Belum lagi . katanya nak tengok pemandangan kampong dulu kat depan rumah tu hah .’’ Jelas Puan Sri Aziera .
‘’Achik  nak jumpa Tok Man dululah kalau macam tu mama . Kejap lagi Achik sarapan ngan Tok Man .’’ Beritahu Dzulqarnain sambil melangkah keluar melalui pintu dapur .






Kampung Nur Iman memang indah dan permai . Di hadapan rumah Nur Iman mempunyai sebatang jalan raya yang kecil . Melepasi jalan raya itu terhampar petak-petak sawah yang menghijau dan yang sedang menguning . Burung-burubg camar putih terbang bebas di udara . Apabila senja, suasana permukaan langit menjadi berbalam-balam dengan langit berwarna oren kemerahan . Memang mengasyikkan mata yang memandang . Tidak hairanlah Tok Mannya gemar datang ke kampong itu . Walaupun terletak jauh di pantai timur ianya langsung tidak menjadi halangan .
‘’Apa yang Tok Man ingatkan tu? Tak nak kongsi ngan Achik?’’
Tegur Dzulqarnain sambil menepuk lembut bahu Tok Man . Selebihnya, dia ingin mengorek rahsia hati Tok Mannnya yang masih belum di ketahuinya .
‘’Cantikkan kampong Iman ni? Tenang dan mendamaikan .’’  Luah Tok Man tanpa menjawab pertanyaan cucu kesayangannya itu . Dzulqarnain menundukkan kepalanya ke bawah, sambil kedua belah tangannya di masuukan ke dalam poket seluar . Ada keluhan yang cuba disembunyikan oleh Dzulqarnain . Dia gagal lagi . Tok Mannya itu masih enggan bercerita kepadanya .
‘’Sejujurnya…kampong ni memang cantik . Tapi, Achik langsung tak terpikat dengan kecantikkan kampong ni Tok Man .’’
Tok Man ketawa mendengar pengakuan cucunya itu .
‘’Sehari dua memanglah masih belum terpikat . Nanti lama-lama bukan setakat terpikat, tapi terus melekat .’’
‘’Tok Man cakap apa ni? Tok Man cakap pasal perempuan tu ek?’’  Tanya Dzulqarnain seakan dapat mengagak sesuatu di sebalik kata-kata Tok Mannya itu . Mendengarkan soalan cucunya itu, membuatkan Tok Man mengalihkan perhatiannya terhadap cucunya itu  yang sudah memandang tepat ke arahnya .
‘’Iman gadis yang istimewa Achik . Dia istimewa di hati Tok Man . Sebab itulah Tok Man nak Iman jadi milik Achik .’’
Dzulqarnain pelik . Semua orang cakap benda yang sama . Apa yang istimewanya mengenai perempuan tu? Entah! Baginya perempuan cumalah gadis kampong ang biasa sahaja .
‘’Suatu hari nanti Tok Man akan ceritakan segalanya yang Achik nak tahu .’’ Ucap Tok Man lagi . Dzulqarnain  senyum hambar .
‘’Jomlah kita masuk .’’ Ajak Tok Man kemudiannya .






‘’Ke mana lah agaknya Iman ni pergi? Sarapan pun tak sentuh lagi . Alih-alih dah lesap .’’
Luah Puan Sri Aziera risau .
‘’Kau tak tahu ke mana dia pergi Achik?’’  Tanya abang sulung Dzulqarnain, Luqman Firdaus . Mendengarkan soalan itu Dzulqarnain jungkit bahu . Mulutnya penuh dengan kuih cara yang memang di gemarinya .
‘’Apalah Achik ni, isteri sendiri pun tak tahu kat mana dia pergi ?’’  Tanya kakak ipar sulungnya pula . Dzulqarnain buat bodoh . Kuih cara di depan matanya terus di makan . Hmm…enak sungguh rasanya . Tok Man pula terus menghirup air kopi panas dengan bersahaja . Sebenarnya dia tahu apa yang Nur Iman sedang buat di waktu sebegini . Tapi saja dia mendiamkan diri . Mahu tengok setakat mana prihatinnya Dzulqarnain terhadap isteri yang baru di nikahinya itu .
‘’Nak Ziera tak payah lah risau . Waktu-waktu macam ni Iman tu suka pergi bermain dengan embun . Dari dulu lagi macam tu .’’
Jelas Mak Bedah yang baru datang bersama hidangan kuih akok, kegemaran Tok Man .
‘’Bermain dengan embun Mak Bedah?’’  Tanya Puan Sri Aziera kembali . Mak Bedah melabuhkan punggungnya ke atas kerusi . Melihatkan berseleranya Dzulqarnain menjamu kuh cara telah menerbitkan rasa bangga dalam hatinya .
‘’Si Iman tu kalau nak Ziera nak tahu, macam tu lah dia . Pagi-pagi padang ragutlah tempat dia pergi dulu . Lepas dah puas bermain dengan embun, baru balik sarapan .’’
Terang Mak Bedah lagi . Dzulqarnain yang mendengar hanya buat acuh tak acuh . Baginya cerita tu tak menarik langsung . Membosankan adalah . Kuih cara terus di masuukan ke dalam mulutnya .
‘’Heh! Kamu ni kan Achik, dari tadi makan je . Cukup-cukuplah tu . Isteri kamu tu belum jamah lagi .’’ Marah Puan Sri Aziera . Geram betul hatinya melihatkan gelagat si Dzulqarnain itu .
‘’Entah lah kau ni Achik . Makan mengalahkan orang kebulur .’’ Sampuk Luqman Firdaus pula .
‘’Dah semua orang tak nak makan, jadi Achik makanlah . Salah ke?’’
Balas Dzulqarnain selamba .
‘’Kot ya pun…. Pergilah ajak si Iman tu balik dulu . Sarapan sama . Lepas tu melantaklah setakat mana yang Achik nak sekalipun .’’
Celah Tan Sri Muhammad Yusuf yang tadi hanya banyak mendiamkan diri . Begitulah perangai Tan Sri Muhammad Yusuf . Tak suka bercakap banyak .
‘’Malaslah papa . Lagi pun ni kan kampong dia . Tahulah dia macam mana nak balik .’’
Dzulqarnain memberi alas an . Dalam hati bukan main lagi dia menyumpah-nyumpah lagi Nur Iman .
‘’Amboi! Dengar lah macam mana jawapan dia ni bapak . Buat Ziera geram betullah . Takde-takde, Achik pergi ajak Iman balik sekarang jugak .’’
Suruh Puan Sri Aziera tegas . Makin geram pulak hatinya . Mendengarkan suruhan Puan Sri Aziera itu, Dzulqarnain buat tidak endah . Kali ni dia betul-betul tidak faham kenapa keluarganya suka sangat ambil berat mengenai perempuan kampong tu . Apa keistimewaan perempuan tu? Tanya hatinya berulang kali . Melihat kedegilan Dzulqarnain, Tok Man memeluk mesra bahu sasa Dzulqarnain .
‘’Achik…tak baik tau Achik tak pedulikan isteri Achik macam ni . Seorang suami kenalah ambil berat tentang isterinya .’’
Pujuk Tok Man berhemah .
‘’ Okey…’’
Dzulqarnain menjawab lemah lalu bangkit dari tempat duduknya meninggalkan meja kayu panjang itu . Semua yang ada di situ hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala masing-masing . Kenapalah aku selalu kalah dengan kehendak Tok Man? Kata-kata dan permintaan Tok Man, aku tak boleh nak tolak langsung . Bisik hati kecil Dzulqarnain .



Embun yang berada di hujung rumput di curahkan ke jari telunjuknya . Perlahan-lahan dia meletakkan di atas bibir mungil miliknya . Hmm….segarnya! Satu senyuman terukir cantik di bibirnya . Tiap-tiap pagi selepas solat subuh, itulah rutinnya . Dia sukakan kesegaran air embun di waktu pagi, dengan keadaan sekeliling yang berkabus . Mungkin itulah kali terakhir dia dapat bermain dengan embun . Selepas ini dia terpaksa mengikut Dzulqarnain balik ke Kuala Lumpur . Ah! Kenapa mesti dia teringatkan lelaki itu di saat ini?
‘’Iman!’’
Kedengaran satu suara menyeru namanya dari arah belakang tiba-tiba . Nur Iman memusingkan kepalanya . Demi melihatkan wajah itu, dirinya terasa kaget . Lelaki itu berjalan menghampiri ke arahnya .
‘’Abang Adi . Bila abang Adi balik?’’
Tanya Nur Iman, cuba untuk menghilangkan rasa terperanjat di hatinya .
‘’Sampai hati Iman tak tunggu abang? Sampai hati Iman lukakan hati abang . Kenapa Iman sampai hati buat kat abang macam ni?’’
Tanya lelaki itu bertalu-talu  bagai melepaskan peluru berpandu saja lagaknya . Pertanyaan Nur Iman pulak dibiarkan begitu saja . Mendengarkan soalan yang di utarakan oleh lelaki itu, membuatkan Nur Iman merasa lemas tercekik . Tidak tahu lagi bagaimana harus diterangkan kepada lelaki itu bahawa dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pun terhadap lelaki itu , hatta walaupun sekelumit .
‘’Abang Adi . Tolonglah jangan buat Iman rasa lemas macam ni dengan abang Adi .’’ Tutur Nur Iman lembut . Berharap agar lelaki itu dapat mengerti akan duduk hatinya terhadap pemuda itu .
‘’Oh, kalau dengan abang, Iman rasa lemas? Dengan lelaki Bandar tu tak rasa lemas pulak?
Kenapa? Sebab Iman nak jaga hati suami Iman yang kaya tu?’’
Tuduh pemuda itu sinis . Nur Iman yang mendengar tuduhan itu berpaling pantas . Hatinya rasa terbakar . Tidak sangka, dia mendengar semua itu dari mulut orang yang dia sayang dan hormati selama ini . Sayang dan hormat seperti seorang adik menyayangi abang nya .
‘’Abang Adi! Tergamak abang Adi tuduh Iman macam tu?’’
‘’Tuduh? Bukan ke ia satu kebenaran Iman? Abang sedar lelaki tu memang ada segala-galanya berbanding dengan abang . Dan dengan mengahwini lelaki tu, Iman boleh lah tumpang kekayaan lelaki tu kan?’’
Semakin sinis tuduhan yang di lemparkan pemuda yang bernama Adi itu. Tercengang Nur Iman seketika tatkala mendengar bicara dari lelaki itu .
‘’Iya! Memang semuanya yang abang Adi cakap tadi benar . Iman mengahwini lelaki tu sebab duit . Dan bukannya kerana kehendak arwah ibu bapa Iman .’’
Ucap Nur Iman lirih . Matanya kelihatan berair . Kehendak? Adi tersentak . Kehendak yang bagaimana? Dirinya tidak faham .




Tidak jauh dari situ, Dzulqarnain curi-curi mendengar perbualan antara isterinya dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya . Jarak yang tidak terlalu jauh membolehkan Dzulqarnain mendengar dengan jelas dan nyata . Inikah wanita istimewa di mata keluarganya? Cis! Hebat kau perempuan . Memang hebat! Dengan wajah yang polos, kau telah memperdayakan seluruh ahli keluarga aku? Hati Dzulqarnain berbisik geram . Tidak sangka keluarganya telah menjadi perempuan yang baru saja tamat SPM itu . Hatinya bertambah sakit bila mengenangkan yang kini wanita itu telah bergelar isteri kepada dirinya . Bodohnya aku! Dzulqarnain menyalahkan dirinya sendiri . Sepatutnya dia menyiasat terlebih dahulu latar belakang perempuan itu sebelum bersetuju dengan permintaan Tok Man nya . Biar segala rahsia perempuan itu terbongkar . Tapi kini, rasanya dah agak terlambat . Tapi, tak mengapa . Aku nak tengok apa lagi yang kau boleh buat . Aku takkan bongkarkan rancangan kau, tapi aku akan buat kau sendiri yang akan mengaku segala-galanya di depan keluarga aku . Biar semua tahu siapa sebenarnya kau yang mereka sanjung-sanjungkan selama ini . Kau tunggu jelah nanti, perempuan sial! Bisik hati kecil Dzulqarnain lagi sambil kakinya menyusun langkah meninggalkan tempat itu .









Dzulqarnain memecut laju kereta BMW miliknya membelah lebuhraya pantai timur menghala ke Kuala Lumpur . Jam di dashboard keretanya telah menginjak ke angka 11.30 minit malam . Tiga hari tinggal di kampong Nur Iman di Kelantan menjadikan dirinya tidak betah untuk tinggal di situ lama-lama . Tak sanggup rasanya untuk menjalani cara kehidupan kampong . Nak gosok gigi pun dah rasa susah, inikan pula nak buat  aktiviti lain . Sumpah, aku tak kan jejak lagi kampong buruk perempuan sial tu . Dzulqarnain mencebik . Hidup di kota jauh lebih selesa . Apa yang aku nak, semuanya dah ada depan mata . Bukan seperti kat kampong perempuan sial tu, nak mandi pun aku kena cebok air telaga . Dah lah katil tu keras semacam . Sakit tulang belulang aku . Dzulqarnain terus mengomel itu ini mengenai kampong Nur Iman . Tambahan pula bila mengingatkan yang dia terpaksa tidur sebilik dengan gadis penipu itu . Dan kini dia terpaksa pula membawa perempuan itu pulang bersamanya ke Kuala Lumpur . Apalah malang nasib yang menimpa dirinya . Dah tu muda-muda lagi kena paksa kahwin dengan gadis kampong yang penuh dengan agendanya yang tersembunyi . Huh! Dzulqarnain melepaskan keluhan kasar sambil kedua belah tangannya erat memegang stereng kereta . Ibu bapa dan datuk Dzulqarnain masih belum puas lagi tinggal di kampong itu . Jadi yang sudah bergerak pulang ialah abang sulung dan kakak iparnya serta dua orang lagi adiknya . Manakala abang keduanya pula tiada di Malaysia ketika ini . Dzulqarnain menoleh sekilas kea rah Nur Iman yang sudah lama terlena di buai mimpi . Cis! Aku penat-penat memandu, kau sedap-sedap tidur kat sebelah macam mam besar ya . Omel hati kecil Dzulqarnain . Tak boleh jadi nih . Dzulqarnain mendapat idea nakal tiba-tiba . Ilham dari bisikan syaitan yang tak sudah-sudah mahu memporak perandakan perhubungan manusia di atas muka bumi ini . Tangan kirinya kemudian memasang CD kumpulan rock terkemuka dunia kumpulan Scorpions . Beberapa saat kemudian, kedengaranlah suara yang mendendangkan lagu-lagu rock dengan bingit sekali . Seumpama mahu pecah speaker yang ada di dalam kereta itu . Dzulqarnain tersengih puas . Jangan haraplah kau nak bersenang lenang dalam kereta aku ni perempuan!
‘’Apa yang bising sangat ni….!’’
Lenting Nur Iman tiba-tiba . Tidak sedar yang dia kini berada dalam kereta Dzulqarnain . Lagipun, dia memang pantang kalau ada orang yang mengganggu tidurnya . Mahu dia menyiku orang itu . Dzulqarnain terkejut mendengar suara Nur Iman yang kuat itu . Tak sangka pulak Nur Iman akan melenting sampai macam tu sekali .
‘’Heh! Kau ni kenapa? Siapa kau nak marah-marah aku? Ni kereta aku, suka hati aku lah nak pasang lagu ni perlahan ke kuat . Ada aku kisah?’’
Ejek Dzulqarnain . Nur Iman tersentak . Baru teringat  yang dia kini  berada di dalam kereta  milik Dzulqarnain bukan dalam biliknya seperti kebiasaannya sebelum ini . Alamak! Macam mana boleh tak ingat ni? Nur Iman ketap bibir .
‘’Maaf, Iman tak sengaja .’’
Ucap Nur Iman ikhlas . Dzulqarnain mencebik mendengarkan kata-kata maaf dari mulut Nur Iman itu . Pandai betul kau berlakon depan aku . Kau fikir, aku akan turut sama terpedaya dengan lakonan tak berkelas kau tu sepertimana ahli keluarga aku yang mempercayai kau bulat-bulat?
‘’Kau simpan ajalah kata-kata maaf kau tu, bukannya kau ikhlas pun . Sekadar nak memperdayakan aku .’’
Dzulqarnain membalas selamba .
‘’Siapa yang nak perdayakan awak?’’ Tanya Nur Iman tidak faham dengan apa yang di perkatakan oleh Dzulqarnain tadi .
‘’Oh! Kau masih tak tahu lagi rupanya siapa yang cuba nak perdayakan aku?’’
Dzulqarnain buat-buat  tanya . Nur Iman menggelengkan kepalanya beberapa kali .
‘’Kalau kau naktahu…..orang yang cuba nak perdayakan aku tu ialah isteri aku sendiri . Puan Nur Iman Nuraina bt Mahfuz!’’
Dzulqarnain mengeluarkan kata-katanya tanpa mempedulikan perasaan Nur Iman yang mendengarnya . Tersentak Nur Iman seketika . Aku? Nur Iman pelik . Kenapa dirinya di anggap begitu oleh suaminya sendiri? Berprasangkakah lelaki itu terhadap dirinya? Tapi atas sebab apa?
‘’Kenapa Iman nak memperdayakan awak pulak?’’
Tanya Nur Iman tersekat-sekat . Dzulqarnain naik geram mendengarkan soalan yang terpacul dari mulut Nur Iman itu . Soalan Nur Iman seolah-olah cuba hendak mempermain-main kannya .
‘’Tak sangka kau memang seorang yang licik perempuan sial!’’
Bagaikan di hiris dengan pisau yang tajam tatkala terdengar kata-kata Dzulqarnain sebentar tadi . Tergamak Dzulqarnain melabelnya sebegitu . Tak berhati perut langsung!
‘’Kalau ya sekalipun Iman perempuan sial, itu isteri awak jugakkan? Nampaknya awak kena berhati-hatilah ngan Iman lepas ni . Takut penyakit sial Iman berjangkit kat awak pulak .’’
Bidas Nur Iman bersahaja . Dzulqarnain terdiam mendengar bicara isterinya itu . Kata-kata isterinya itu membuatkan dia kehilangan ayat!
‘’Dah lah, Iman nak sambung tidur balik . Awak pandulah kereta tu elok-elok . Iman tak nak jadi penghuni wad .’’
Sempat lagi Nur Iman berpesan dengan selamba badaknya selepas membidas kata-kata lelaki itu . Dzulqarnain yang mendengarnya hanya mampu menahan geram di dalam hati . Padan muka Dzulqarnain . Ingat dia sorang boleh buat orang lain terasa sakit hati? Bisik hati Nur Iman .






Nur Iman memandang sekeliling ruang condominium mewah milik Dzulqarnain itu yang terletak di tingkat 17 dengan mata yang terbukak luas . Seakan tidak percaya bahwa dia benar-benar sedang melihat semua itu  . Kesemua perabot dan perhiasan yang terdapat di dalam kondominium itu kesemuanya kelihatan mewah dan ekslusif . Barang-barang peralatan pula semuanya dari yang berjenama mahal dan canggih fungsinya . Nur Iman telan liur membayangkan kehidupan Dzulqarnain yang selama ini disimbahi dengan kemewahan tak bertepi . Berbeza benar dengan kehidupan yang dilaluinya di kampong! Umpama sang gunung dengan sang bukit! Masih dalam kelompok bergunung-ganang tapi tak tergapai ketinggian sang gunung oleh dek sang bukit . Kerdil dirasakan dirinya di kala ini tatkala berada di samping lelaki itu . Patutlah lelaki itu nampak berlagak semacam jer . Mentang-mentanglah ditakdirkan jadi keturunan orang-orang kaya . Tapi, keluarganya yang lain takde lah bongkak macam si tenuk tu . Namun, jauh di dasar hati Nur Iman bersyukur di anugerahkan ibu bapa mertua yang baik . Tidak memandang taraf dan status dirinya sebagai satu halangan untuk menjalinkan ikatan persaudaraan .
‘’Iman!’’
Lenyap segala lamunan Nur Iman tatkala terdengar  namanya di panggil kuat dari arah sebuah bilik . Cepat-cepat dia bergegas masuk ke arah bilik itu . Wow!!  Terasa Kelu lidahnya untuk berbicara . Hatinya betul-betul terpesona dengan hiasan yang ada di dalam bilik itu . Sebuah bilik tidurkah ini? Detik hati Nur Iman .  Manakala pemandangan di luarnya pula betul-betul mengujakan perasaan sesiapa sahaja yang melihatnya . Tidak terkecuali juga buat Nur Iman .
‘’Kenapa dengan kau ni? Macam beruk mak nyeh jer aku tengok . Tutup mulut tu .’’
‘’Hah? Err… Tak ada apa-apa…..Cuma, Iman tak biasa tengok semua ni . Dalam TV pernah lah, tapi tengok yang real macam ni, pertama kali dalam hidup Iman . Rasa macam mimpi pulak .’’
Beritahu Nur Iman jujur tanpa berasa malu . Ah! Dia sedar siapa dirinya . Buat apa nak berasa malu untuk mengaku semua itu, sedangkan hakikat sebenar dirinya sudah memang begitu . Yang pasti, walau di mana saja dia pergi dan berada, dia tidak akan bersikap pura-pura . Dzulqarnain senyum sinis mendengar pengakuan jujur dari Nur Iman itu .
‘’Malam ni, kita berdua tidur dalam bilik ni ke? Bestnyer .’’
Nur Iman berkata teruja . Dia sudah pun membayangkan keenakkan dapat tidur di atas tilam empuk yang tersergam mewah di depannya itu . He he he . Dapatlah aku rasa hebat ke tak katil si tenuk ni . Nur Iman memasang angan dalam hati .
‘’Apa yang kau merepek ni? Siapa yang nak tidur ngan kau? Perasan!’’
Nur Iman tercengang seketika .
‘’Habis tu, Iman nak tidur ngan siapa, kalau bukan ngan awak? Kitakan suami isteri . Tak mengapalah kalau awak tak nak tidur sekatil sekalipun dengan Iman, sekurang-kurangnya kita tetap tidur sebilik .’’
Tutur Nur Iman panjang lebar .
‘’Hei, gadis tak sedar diri . Dengar sini baik-baik . Dengan siapa kau nak tidur, itu bukan urusan aku . Bilik ni hanya untuk aku . Bilik engkau kat hujung sana tu .’’
‘’Kenapa kita kena tidur berasingan pulak? Kan tak elok?’’
Nur Iman terus mengajukan soalan demi persoalan , Dzulqarnain naik berang mendengar soalan yang di ajukan oleh Nur Iman itu . Tak reti penat ke dia ni?
‘’Heh! Boleh tak kau berhenti tanya aku macam-macam? Aku penat lah nak jawab soalan bodoh kau tu . Lagi pun, ni rumah aku . Jadi aku punya suka lah nak suruh kau tidur kat mana . Kalau mulut kau tak diam lagi, kau kena tidur kat dapur, Nak??’’
Dzulqarnain  mula mengungut, bosan mendengar pertanyaan demi pertanyaan dari mulut Nur Iman . Nur Iman yang mendengar bicara Dzulqarnain itu cepat-cepat menggelengkan kepalanya sambil tertunduk .


One Response so far

  1. 2021 ford fusion hybrid titanium
    In the end, this fusion fusion will not titanium nose rings have its titanium undertaker ingredients. The titanium shift knob fusion titanium coating will allow the power to grow its how strong is titanium own vegetable

Leave a Reply

Labels