Friday 23 September 2011

3 Sebab Ulang Kesilapan Sama

0 comments



Diakui setiap manusia sememangnya tidak pernah akan terlepas daripada melakukan kesalahan. Dari masa ke semasa, ada sahaja kesilapan yang akan kita lakukan sama ada secara sedar atau tanpa sedar. Namun begitu, ia bukanlah alasan untuk kita terus bebas melakukan kesilapan.

Percayalah, kesilapan boleh dielakkan daripada terus berlaku andai kita sentiasa belajar serta mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi. Bukannya terus melakukannya berulang-ulang kali dan akibatnya merugikan diri sendiri.

Mengikut tinjauan yang dilakukan kepada beberapa orang, meraka mengulangi kesilapan yang sama berulang kali kerana tiga faktor :-

  1. Tidak sedar kesalahan sendiri
  2. Sering menyalahkan orang lain daripada diri sendiri
  3. Ego
 
Oleh itu, untuk menjadi seorang yang berjaya kikislah tiga faktor berikut dalam diri dan berusahalah untuk jadikanlah kesilapan sebagai peluang serta kesempatan untuk kamu belajar menjadi lebih baik dan baik lagi di masa akan datang.




Leave a Reply

Labels