Friday 23 September 2011

Solusi Ruang Storan Lebih Efektif

0 comments



Penggayaan rak yang dipasang siap di dalam kabinet menjadi elemen asas untuk membentuk ruang storan yang praktikal. Pun begitu, kini di pasaran terdapat banyak pilihan model rak kabinet yang bukan sahaja direka untuk tujuan menggandakan fungsi. Malah ianya memberi kesan hebat pada ruang storan untuk lebih bersistematik dan tampak moden. Hafele umpamanya menampilkan pelbagai rekaan hebat aplikasi sistem storan dan ianya berjaya memberi solusi kepada kapasiti unit storan dan sekaligus menjadikan setiap unit storan dapat digunakan secara maksima.


1) Pull-out basket
 
Pemasangan bakul berjalur yang tampil ringkas dilengkapi sistem laci kesan tutupan perlahan turut menjadi aksesori ruang penyimpanan. Penggunaan aplikasi bakul sebegini bukan sahaja memudahkan pengguna mencapai barangan kerana bakul tersebut boleh di tarik ke luar, malah berupaya menampung beban barangan hingga 30 kg.


2) Kabinet asas DSA
 
Berfungsi untuk perletakkan variasi ramuan masakan yang dibotolkan seperti minyak zaitun, kicap, sos cili dan sebagainya menjadi lebih teratur. Kebiasaannya perletakkan rak jenis ini sesuai ditempatkan berdekatan dengan dapur memasak. Ini bertujuan memberi keselesaan kepada pengguna untuk mencapai bahan ini semasa ingin digunakan.


3) Oko Liner Waster
 
Solution System Menggunakan sistem bakul untuk pembuangan sisa makanan yang ditempatkan di dalam kabinet adalah idea yang bijak. Ia bukan sahaja berjaya menyembunyikan kehadiran tong sampah di ruang dapur malah secara tidak langsung menampilkan ruang dapur yang lebih kemas dan bersih.
 

4) Slide corner
 
Menggandakan fungsi storan di bahagian bucu kabinet adalah dengan menggayakan slide corner yang direka khusus untuk bahagian tersebut. Ini memandangkan jika unit bucu dijadikan ruang storan ianya agak sukar untuk pengguna mencapai barangan yang disimpan. Atas masalah ini juga sering terjadi ruang tersebut dibiarkan kosong sahaja tanpa berfungsi sebagai unit storan barangan. Namun dengan aplikasi sistem ini menjadikan barangan yang disimpan terus dapat dicapai dengan bukaan penuh boleh dikeluarkan daripada kabinet. Cara ini memberi lebih keselesaan kepada pengguna dan dalam masa yang sama tidak berlaku pembaziran ruang storan di ruang bucu kabinet.




Leave a Reply

Labels