Monday, 23 April 2012

Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)

0 comments



Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)
  • IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam rahim untuk meransang tindakbalas  keradangan di dinding endometrium supaya penempelan embrio tidak berlaku.
  • Waktu paling sesuai memasukkan  IUCD adalah sebaik sahaja haid berhenti, pada masa yang sama menggugurkan kandungan atau semasa pemeriksaan selepas bersalin (1 bulan selepas bersalin)
  • Terdapat 2 jenis  IUCD
(i)  IUCD Kuprum
- Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio.
- Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
- Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas  dimasukkan.
- Peratus kegagalan:< 1%
(ii) Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)
- Ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
- Ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan.
- Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan.
- Peratus kegagalan: 0.1%

Leave a Reply

Labels