Monday, 23 April 2012

Vasektomi untuk Merancang Kehamilan

0 comments



Vasektomi
  • Pemotongan vas adalah pembedahan minor untuk menghalang vas deferens (tiub yang membawa sperma dari testis ke urethra) dengan memotong atau mengikat vas deferens.
  • Prosedur ini mengambil masa 1 hari dan pesakit akan diberi bius setempat.
  • Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau tidak selesa di kawasan skrotum selepas prosedur ini. Pemakaian seluar dalam yang lembut dan longgar dapat membantu melegakan ketidakselesaan.
  • Walaubagaimanapun, anda masih perlu menggunakan kaedah pencegahan kehamilan lain  terlebih dahulu  sehingga semen anda benar-benar bebas dari sperma. Analisis semen akan dilakukan 3 bulan selepas prosedur untuk melihat keberkesanan prosedur yang telah dilakukan.
  • Kaedah ini tidak menjejaskan keinginan dan kebolehan seksual. Isipadu semen yang dikeluarkan mungkin berkurang.
  • Ianya lebih murah berbanding mengikat tiub fallopio kerana komplikasinya lebih sedikit.
  • Ianya tidak boleh dipulihkan semula. Anda perlu pasti bahawa anda sudah tidak berkeinginan untuk mempunyai anak sebelum menjalankan prosedur ini.
  • Peratus kegagalan: <1%

Leave a Reply

Labels