Tuesday, 24 April 2012
          Gadget untuk Gamers: Razer Fiona
Fiona adalah nama kepada tablet gaming
 dikeluarkan oleh Razer, diperkenalkan buat pertama kali pada Consumer 
Electronic Show 2012 yang berlangsung di Las Vegas pada 10-13 Januari 
2012. Fiona adalah gaming tablet Windows 7, masih lagi 
belum dipasarkan kepada pengguna kerana tablet gaming ini diperkenalkan 
dalam versi prototaip sahaja. Namun Razer Fiona cukup memukau mata! Dua 
lagi gambar Razer Fiona ada kami paparkan di bahagian bawah artikel ni.
Dengan perisian sistem operasi Windows 7, Anda boleh install apa saja
 games untuk Windows yang ada di pasaran. Mengenai kapasiti hardware 
dalaman, kepantasan sistem Razer Fiona dipacu oleh cip generasi ketiga 
Intel, tepatnya Intel Core i7.
Ketika tablet ini diuji keupayaannya dengan games ‘heavy’ seperti 
Warhammer 40,000: Space Marine, Tom Clancy’s HAWX. 2 dan Assassin’s 
Creed: Revelations, Razer Fiona boleh memainkan kesemua games itu tanpa 
banyak masalah juga tanpa tersangkut-sangkut. Bahagian kiri dan kanan 
Razer Fiona dilengkapi joystick dengan 4 butang kawalan pergerakan dan 
dengan butang picu di bahagian depan pada setiap satu joystick tersebut.
 Sesuai untuk remaja, kanak-kanak atau mana-mana pengguna tablet yang 
banyak bermain games tapi tidak mendapat kepuasan apabila menggunakan 
tablet sedia ada sekarang ini seperti Acer Iconia Tab W500, Apple iPad 2
 atau Samsung Galaxy Tab 10.1.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































