Tuesday, 24 April 2012
          Tablet dari Aigo: Aigo M803
Jenama Aigo di Malaysia tidaklah sebegitu faymes berbanding Acer dan 
Asus, namun dalam arena tablet pc Android, Aigo menyaingi kedua-duanya. Aigo M803 adalah tablet terbaru rekaan Aigo, di datangkan dengan sistem operasi Android versi 4.0 Ice Cream Sandwich. Tablet Acer Iconia Tab A700 iaitu tablet versi terbaru Acer kini juga telah di datangkan dengan Android 4.0 ICS. Mengenai spesifikasi asas, Aigo M803
 dilengkapi dengan prosessor ARM Cortex A9, skrin bersaiz 8 inci dengan 
resolusi maksima 1280 x 768 piksel dari jenis pelbagai sentuh (multi 
touch display), ruang hard disk sebanyak 8GB dari jenis flash, slot 
untuk memasukkan kad memori, capaian WiFi, webcam, mikrofon dan ‘motion 
sensor’ untuk mengesan pergerakan badannya sama ada tegak mendatar.
Semua ciri ini menjadi bukti yang Aigo M803 hanyalah sebuah tablet pc asas sahaja tanpa ada apa-apa kelebihan spesial berbanding tablet Acer atau tablet terbaru Asus
 walaupun di install dengan Android 4. Harganya masih lagi tidak 
diketahui, pengeluarnya Aigo juga tidak mengumumkan secara rasmi berapa 
harga tablet ini, tidak pasti jika tablet ini ada dijual di Malaysia 
atau di jual di pasaran Amerika saja. Mudah-mudahan murah sedikit 
berbanding harga tablet sedia ada. Jika Amazon Kindle Fire mendapat 
sambutan hangat walaupun dijual dengan harga RM899 saja tanpa sistem 
operasi Android, pasti Aigo M803 boleh menikmati sambutan serupa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































