Thursday, 12 April 2012

Kematian Bayi (Stillbirth)

0 comments
Kematian bayi atau stillbirth dimaksudkan, kematian bayi selepas 20 minggu kehamilan sehinggalah selepas kelahiran. Satu dalam 200 kehamilan akan berlaku kematian bayi. Empat belas peratus (14%) dari kematian ini belaku selepas kelahiran dan selebihnya semasa dalam rahim

Tanda-Tanda

Salah satu tanda yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada bayi anda ialah pergerakkan bayi yang kurang dengan ketara atau tiada langsung. Sekiranya ia disertai dengan pendarahan faraj, cepatlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Diagnos

Doktor selalunya akan membuat ujian ultrasounds untuk memastikan keadaan bayi anda. Sekiranya tiada degupan jantung bayi kelihatan pada ultrasound, anda akan didiagnoskan mengalami kematian bayi.
Selepas kematian bayi disahkan, selalunya wanita akan mengalami kelahiran secara semulajadi dalam masa dua minggu, tetapi tidak ramai wanita yang sanggup menunggu. Kelahiran secara ‘induce’ boleh dilakukan sebaik sahaja diagnos dibuat.
Sekiranya tiada penjelasan yang jelas kenapa kematian itu berlaku, beberapa ujian termasuk bedah siasat (post mortem) mungkin akan dijalankan. Walaubagaimanapun, 1/3 daripada kematian stillbirth tidak diketahui puncanya.

Leave a Reply

Labels