Sebab-Sebab Kematian Stillbirth?
Antara punca utama kematian bayi dalam rahim ialah:- Kecacatan fizikal, kromosom atau jantung bayi
- Pendarahan pada uri atau abruptio
- Ibu yang mengalami kencing manis yang tidak terkawal
- Eclampsia
- Jangkitan Kuman
- Tali pusat terbelit atau terkepit
Pencegahan
Adalah penting untuk anda mendapat penjagaan kehamilan sepanjang tempoh mengandung. Sekiranya anda berisiko tinggi seperti mengalami darah tinggi dan atau kencing manis, pemantauan akan menjadi lebih mendalam dan kerap dari biasa.Doktor mungkin akan menyarankan penggunaan carta pergerakan anak semasa kandungan 30 minggu keatas. Sekiranya bayi mengalami pergerakan kurang dari 10kali sehari, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
Peluang untuk hamil selepas mengalami kematian stillbirth tetap ada. Kebarangkalian untuk kejadian ini berulang bergantung kepada punca kematian stillbirth yang pertama. Bagi kematian yang disebabkan oleh janin yang tidak normal, agak jarang ia berulang lagi pada kehamilan seterusnya. Andainya anda hamil lagi, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan awal agar ketidaknormalan dapat dikesan dengan lebih awal.


































