Tuesday 24 April 2012

Tablet Murah: CSL Droidpad Mi700

0 comments





Tablet jenama CSL Droidpad Mi700 (boleh disebut sebagai Mission Impossible 700!) sudah lama ada di Malaysia dan harganya kini cuma RM 987.01 saja sedangkan harga pada pertama kali diperkenalkan adalah RM1,024. Kenapa murah? Ia dikeluarkan pada 20 September 2010 setelah diinspirasikan oleh kemunculan Samsung Galaxy Tab 7 yang pada ketika itu merupakan tablet Android pertama di dunia. Tablet ini sesuai untuk pengguna berbajet rendah.


CSL Droid Pad menggunakan sistem operasi Android versi 2.2 Froyo, dikuasakan oleh cip pemproses jenama Qualcomm, skrinnya bersaiz 7 inci, dilengkapi WiFi, fungsi hands-free, port micro USB, capaian 3G melalui gelombang HSDPA, fungsi GPS dan A-GPS, juga port Bluetooth. Memori RAM dalam laptop ini cuma 512MB tapi yang bestnya CSL Droidpad boleh diguna untuk membuat panggilan telefon seperti mana smartfon biasa.

Jika anda kurang bajet untuk membeli Samsung Galaxy Tab 7 atau Samsung Galaxy Tab 7 Plus, CSL Droidpad adalah pilihan tablet murah terbaik, namun jumlah RAM tidak boleh ditambah kemudian versi Android dalam tablet ini tidak boleh diupgrade kerana spesifikasi hardwarenya tidak serasi dengan versi Android yang lebih baru misalnya Gingerbread atau Honeycomb. Untuk melayari YouTube, Facebook, Yahoo Messenger, download lagu atau untuk blogging, itu boleh.

Leave a Reply

Labels