Tuesday 24 April 2012

Kindle Fire di Malaysia: RM899 sahaja

0 comments







Harga Kindle Fire di Malaysia adalah RM899. Ada sesetengah penjual di laman barang terpakai seperti di Mudah.my menjual Amazon Kindle Fire dengan harga RM820 sahaja. Pada asalnya, edisi awal tablet Kindle dicipta sebagai alat elektronik bersaiz 7 inci untuk menjadi eBook Reader sahaja kerana Amazon turut menjual eBook, maka Kindle dipromosikan sebagai peranti khusus untuk membaca, membeli serta mengumpul ebook. Apabila selera pengguna tablet makin berubah seiring zaman lebih-lebih lagi dengan kemunculan iPad 2, maka muncullah Kindle Fire.

Versi terbaru tablet Kindle ini didatangkan dengan fungsi multimedia dan capaian ke internet, boleh digunakan untuk menonton video, mendengar lagu, bermain games, melayari internet, mengakses data di akaun perkomputeran awan, untuk memupuk minat anak-anak membaca, membalas email, meneliti dokumen serta menyimpannya, akhir sekali untuk menyimpan koleksi eBook. Jika Anda sukakan satu tablet yang ringkas dan hanya untuk aktiviti perkomputeran rutin biasa seperti berFacebook, melayari internet, membaca berita, berbalas-balas Twitter,membaca blog, mendengar lagu, menonton video atau simply berborak melalui Yahoo Messenger, Kindle Fire sesuai. Ia murah, tapi setanding dengan Acer Iconia Tab, Asus Eee Pad Slider atau Samsung Galaxy Tab 7.

Leave a Reply

Labels