Wednesday 2 May 2012

11 Petua Makanan Mesra Jantung

0 comments

Jantung merupakan organ penting bagi tubuh badan kita. Ianya berperanan seperti ’motor’ yang menggerakkan bendalir darah kita ke seluruh badan. Kegagalan jantung berperanan seperti yang sepatutnya membawa risiko pelbagai jenis penyakit dan boleh menyebabkan kematian. Berikut disenaraikan 11 jenis makanan yang mampu mengekalkan prestasi jantung yang sihat


  1. Sapuan Roti
Asid Lemak Trans (Trans Fatty Acid) yang terdapat di dalam marjerin dan mentega lemak tepu boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat. Oleh itu, bagi mengurangkan kandungan asid lemak trans dalam darah, adalah disarankan agar menggunakan sapuan mentega yang mengandungi rendah kolesterol. Sapuan jenis ini bukan sahaja rendah asid lemak trans malah didapati berupaya meningkatkan kesihatan jantung anda dan menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda sekitar 7 hingga 14 peratus.


  1. Sayuran yang Rangup 
Sayuran yang bersifat rangup seperti brokoli, kobis dan kale merupakan ’lombong emas’ yang kaya dengan antioksidan dan unsur-unsur fitokimia yang berguna untuk jantung anda. Jadikan sebagai amalan pemakanan harian untuk kesihatan jantung yang berterusan


  1. Ikan 
Ikan-ikan seperti salmon dan ikan bilis merupakan sumber protein yang kaya dengan Omega 3 yang berperanan mengekalkan kadar denyutan jantung anda. Dengan mengambil satu hidangan ikan setiap minggu boleh mengurangkan kadar serangan jantung sehingga 52 peratus


  1. Flaxseed
Flaxseed merupakan sumber Omega 3 yang tinggi. Kajian mendapati, penambahan flaxseed ke dalam diet makanan harian anda boleh mengurangkan serangan penyakit jantung sehingga 46 peratus. Selain itu,  flaxseed juga berupaya mengelakkan pengumpalan sel darah merah yang menjadi puncakepada penyumbatan arteri. Tambahkan 2 sudu teh flaxseed ke dalam hidangan bijirin atau salad setiap hari untuk mendapat hasil yang menakjubkan. Adalah digalakkan membeli flaxseed yang dikisar bagi mengekalkan khasiatnya


  1. Bawang Putih 
Seulas bawang putih yang dimakan tiga kali sehari boleh menghindarkan diri anda dari risiko mengalami serangan jantung sekurang-kurangnya dari 3 punca penyakit jantung. Pertama ialah mengelakkan pengumpalan sel darah merah, kedua mengurangkan kerosakan arteri dan ketiga mengurangkan pengumpulan kolesterol pada arteri


  1. Teh Hijau 
Teh hijau mengandungi antioksidan yang berupaya mengurangkan kolesterol dalam darah malah mampu menurunkan kadar tekanan darah. Bagi menyediakan minuman ini untuk seharian, rebus 20 auns air, kemudian masukkan 3 uncang teh hijau dan tutup selama 10 minit. Seterusnyauncang teh dikeluarkan dan sejukkan teh. Boleh diambil dengan kuantiti yang berperingkat sepanjang hari


  1. Jus Segar 
Pengambilan jus buahan yang segar amat mempengaruhi kesihatan jantung dan tubuh badan. Jus oren mengandungi asid folik yang membantu menurunkan kandungan homocysteine, salah satu penyebab serangan jantung. Jus anggur pula kaya dengan flavonoid dan resveratrol, antioksidan yang mampu memecahkan penggumpalan sel darah merah. Jus delima pula mengandungi unsur kalium dan polyphenol yang tinggi dan membawa kepada kesihatan jantung anda. Amalkan pengambilan jus segar  secara tetap setiap hari; segelas semasa sarapan dan makan tengahari


  1. Minyak Zaitun 
Minyak zaitun diketahui umum merupakan minyak yang  kaya dengan unsur-unsur yang bermanfaat untuk diri kita. Amalkan penggunaan minyak zaitun di dalam salad dan masakan yang bersesuaian. Utamakan penggunaan minyak zaitun jenis ‘cold pressed’ dan ‘extra virgin oil’ kerana jenis ini mengandungi antioksidan yang lebih tinggi berbanding yang lain


  1. Kekacang
Kajian mendapati, pengambilan 5 auns kekacang seminggu membawa kepada pengurangan 1/3 kadar sakit jantung. Namun ingat, jangan terlalu banyak mengambilnya kerana boleh membawa kepada kesan sampingan lain


  1. Soya
Kajian menunjukkan, pengambilan makanan yang mengandungi protein soya boleh mengurangkan kolesterol. Kajian ini merangkumi susu soya dan pelbagai jenis makanan berasaskan soya. Walau bagaimanapun, kajian juga menunjukkan, pengambilan suplemen berasaskan soya jika diambil secara berasingan tidak memberi kesan yang nyata berbanding dengan pengambilan kacang soya ataupun makanan berasaskan soya


  1. Roti Gandum Penuh (Wholemeal Bread)
Kajian menunjukkan bahawa lebih banyak fiber diambil, lebih kurang kadar risiko serangan jantung. Biasakan pengambilan makanan yang tinggi kandungan oats dan wholemeal. Sasarkan pengambilan sekurang-kurangnya 25 hingga 35 g fiber bagi menjamin kesihatan jantung

Leave a Reply

Labels