Friday 4 May 2012

15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

0 comments





Daripada Ali bin Abi Thalib karamullahu wajhah, Rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu

2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. zakat dijadikan hutang

4. suami memperturutkan kehendak isteri yang melampaui batas

5. anak derhaka terhadap ibunya;

6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid

9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka

10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat

12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. para artis-artis disanjung-sanjung

14. muzik banyak dimainkan

15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah(angin ahmar) atau
gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.”

(Hadith Riwayat Tirmizi)

Leave a Reply

Labels