Friday 4 May 2012
Isu Britney, The Wanted
Kumpulan lima anak muda British, The Wanted yang terdiri daripada Max
George, Jay McGuiness, Tom Parker, Siva Kaneswaran dan Nathan Sykes
sememangnya nama baharu dalam industri muzik global, namun mereka pantas
meraih populariti.
Itu faktor kenapa mereka terpilih sebagai artis pembukaan konsert
bintang tersohor, Britney Spears untuk konsert jelajahnya di Manchester,
Britain pada tahun lepas.
Namun The Wanted yang popular dengan lagu, Glad You Came itu
baru-baru ini mendedahkan pengalaman pahit yang dialami mereka di
belakang pentas konsert tersebut.
Dalam satu temu bual bersama stesen radio Fresh 101.7, ujar Tom: "The
Wanted sudah menandatangani kontrak bahawa kami tidak boleh mendedahkan
apa sahaja yang berlaku di belakang pentas konsert Britney Spears di
Manchester pada tahun lepas. Namun, peduli apa kami mahu dedahkan juga."
Ujar Siva pula: "Saya serta anggota The Wanted yang lain dan pengurus
kami sedang berada di laluan belakang pentas untuk ke bilik persalinan
Britney apabila tiba-tiba Britney muncul di situ bersama pengawal
peribadinya yang kemudian mengarahkan kami supaya menghadapkan muka kami
semua ke dinding."
Tambah Tom: "Sewaktu Britney melangkah membelakangi kami, semua orang
mengeluh mengatakan arahan itu keterlaluan. Namun, kami terpaksa
menghadapkan muka kami ke dinding selama 10 saat sehinggalah Britney
beredar dari situ."
Sebelum ini, The Wanted telah mengutuk Christina Aguilera yang juga
juri The Voice versi Amerika Syarikat ekoran pengalaman mereka bertemu
penyanyi diva itu di belakang pentas program realiti TV itu.
Ujar Tom: "Christina langsung tidak memandang apatah lagi menegur kami. Dia sangat sombong!"
"Berbanding Jennifer Lopez (merupakan salah seorang juri program
realiti American Idol) yang kami temui sewaktu dijemput sebagai penyanyi
undangan untuk American Idol, Christina langsung tiada memiliki
apa-apa. Jennifer mempunyai personaliti yang hebat dan berhemah tinggi
sedangkan Christina lebih layak dilabelkan sebagai perempuan jalang!" -sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)