Thursday 3 May 2012

Aplikasi Smartphone: SomNote

0 comments






Dengan lebih ramai yang bergantung kepada telefon pintar dari hari ke hari, salah satu perkara yang ia sering digunakan adalah untuk mengambil nota ataupun mencatatkan beberapa perkara penting padanya. Terdapat beberapa aplikasi yang terdapat di pasaran, dan salah satunya adalah SomNote yang menyokong para pengguna Android dan juga iOS, dan didatangkan secara percuma.


Sebelum ini, kami sendiri sering menggunakan aplikasi permesejan terbina pada peranti dalam pengambilan nota, dan menyimpan sebagai SMS pada bahagian Draft. Namun, ia sesuatu yang agak sukar untuk digunakan sebagai rujukan pada sesuatu masa. Melalui aplikasi SomNote, ia memudahkan pelbagai perkara dan memudahkan pengambilan nota.
Salah satu sokongan yang menarik pada SomNote adalah membolehkan kita membuat folder, disamping mencatitkan nota padanya. Melalui sokongan folder, ia membolehkan para pengguna mengkategorikan sesuatu nota itu dengan lebih mudah lagi. Pada masa yang sama, nota umum masih boleh dicatatkan pada bahagian luar, tanpa perlu mengkategorikannya pada sebarang folder.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun SomNote daripada AppStore hari ini secara percuma bagi pengguna iOS, manakala bagi pengguna Android pula, boleh mendapatkannya terus secara percuma daripada Google Play. Bagi para pengguna Android 4.0 Ice Cream Sandwich, anda juga mungkin berminat dengan aplikasi bernama Note, yang membawakan fungsi pengambilan nota yang mudah dan ringkas padanya.


Leave a Reply

Labels