Thursday 3 May 2012

Tapiroo: Aplikasi tempatan

0 comments



Sebelum ini, beberapa permainan tradisional telah diperkenalkan dalam bentuk aplikasi untuk telefon pintar, termasuk permainan seperti congkak dan guli. Terbaru, salah satu syarikat pembangun aplikasi tempatan membawakan permainan galah panjang dalam bentuk aplikasi iOS dibawah nama Tapiroo, dan dijual pada harga $0.99.

Melalui permainan Tapiroo ini, ia menggunakan watak Orang Utan dan juga Tapir Malaya, dimana Orang Utan perlu dikawal oleh pemain dalam menghalang Tapir Malaya melaluinya, dan melepasi ke bahagian yang satu lagi, seumpama permainan galah panjang.

Dari segi rekabentuk dan antaramukanya, ia kelihatan seperti perhatian yang amat mendalam diberikan, dengan rekabentuk yang amat kemas, dan memberikan suasana seumpama di kampung. Kawalan permainan juga amat mudah, dan boleh dipelajari dalam beberapa saat sahaja, dimana para pemain hanya perlu mengawal Orang Utan, dan meletakkannya dihadapan Tapir Malaya untuk menghalangnya daripada melepasi mereka.

Namun, dari segi permainan tersebut secara menyeluruh, ianya kelihatan agak bosan, dan tidak menarik. Ini kerana, ia tidak menyertakan sistem tahap seumpama beberapa permainan lain (Angry Birds, Where’s My Chicken dan sebagainya), sebaliknya para pemain hanya boleh memainkannya seperti biasa, dan permainan akan menjadi semakin pantas dari semasa ke semasa, dan memfokuskan semata-mata dalam pengumpulan mata tertinggi sahaja. Memandangkan tiada sokongan perbandingan mata dengan rakan lain, mahupun perkongsian sosial, kami mendapati seperti tiada sebarang keperluan untuk mendapatkan markah yang tinggi padanya.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan Tapiroo ini pada harga cuma $0.99 daripada AppStore hari ini, sekaligus memainkan permainan galah panjang pada peranti iOS anda.

Leave a Reply

Labels