Sunday 6 May 2012
Black Widow wajah Scarlett
"SAYA adalah segalanya tentang fesyen, burger keju dan gincu merah," akui Scarlet Johannson tentang dirinya.
Menganggap dirinya seorang yang obses, aktres yang pertama kali
muncul dengan filem North pada usia sembilan tahun itu turut mengaku
karakter tersebut adalah resipi kepada kejayaannya kini.
Dikenali selepas muncul melalui filem The Horse Whisperer arahan
Robert Redford, nama Scarlett mekar pada tahun 2002 apabila muncul
melalui filem Lost In Translation arahan Sofia Coppola.
Diintai oleh ramai sutradara selepas itu, karakter dan keperibadian
Scarlett turut menarik perhatian pengarah terkenal Woody Allen. Scarlett
kemudian muncul dalam beberapa filem Woddy seperti Scoop, Match Point
dan Vicky Christina, Barcelona.
Woody, malah menganggap Scarlett merupakan seorang yang penuh pesona, bijak dan menghiburkan.
"Saat dia melangkah kaki masuk ke set, dia menghidupkan suasana. Dia
sangat bagus dan berbakat. Dia boleh menyanyi, melakukan perkara-perkara
yang dramatik dan lucu. Kalau ada satu-satu karakter untuk dilakonkan,
dia adalah pilihan pertama saya," ujar Woody tentang Scarlett.
Terbaru, pelakon yang selalu diiktiraf sebagai aktres seksi itu
muncul dengan filem The Avengers membawakan watak Natasha Romanoff atau
Black Widow. The Avengers juga menampilkan Robert Downey Jr, Chris
Evans, Mark Ruffalo dan Samuel L. Jackson. -kosmo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)