Sunday 6 May 2012
Rezeki terpijak Syatilla
DIPERKENALKAN sebagai pelakon menerusi siri drama debutnya, BFF…Teman
Tapi Mesra sekitar Januari lalu, Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 21,
cepat disambar sensasi. Perlakuannya beraksi seksi untuk sebuah iklan
pakaian dalam jenama terkenal bertebaran di internet dan tempiasnya,
pucuk muda itu berdepan persepsi kurang manis.
Sekadar mahu menjenamakan diri dengan nama pentas Syatilla Melvin,
pelakon berasal dari Parit Buntar, Perak itu sudah pun akur atas salah
percaturan yang dibuat. Sementelah kata Syatilla, dia langsung tidak
menjangka akan bergelar seorang pelakon seperti hari ini.
"Dalam fikiran, saya hanya akan terlibat dalam bidang peragaan. Saya
sendiri tiada asas lakonan, belajar pun sampai Sijil Pelajaran Malaysia
sahaja. Habis belajar, saya datang ibu kota untuk mencari rezeki.
"Cuma selepas menyertai (pertandingan mencari) Dewi Remaja pada tahun
lepas, rangkaian kenalan saya mula bertambah. Saya dapat peluang
berlakon pun daripada seorang jurusolek, namanya Deqsha. Dia yang
kenalkan saya kepada penerbit dan pengarah drama BFF yang kebetulan
sedang mencari seorang pelakon tambahan. Saya diminta datang ke lokasi,
diberi penerangan dan terus masuk set untuk berlakon," cerita Syatilla
tentang jejaknya dalam bidang lakonan.
Bermula dengan rezeki terpijak, lakonan beri kehidupan baharu kepada
Syatilla. Bersambung ke lokasi Lara Hati yang sedang menemui penonton di
TV9, Syatilla tidak mempersia-siakan peluang yang terhampar depan mata.
Usai berehat seketika, dia kini mempersiapkan diri untuk turun semula
ke lokasi sebuah telemovie yang akan dijadualkan penggambaran,
pertengahan Mei nanti. -kosmo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)