Wednesday 23 May 2012

CACING

0 comments



CACING

Kanak-kanak sering dijangkiti cacing. Ada banyak jenis cacing seperti cacing gelang, cacing kait, cacing cambuk dan cacing kerawit. Anak dijangkiti cacing apabila termakan telur-telur cacing yang halus yang terdapat di celah-celah kuku dan tangan mereka yang tidak dicuci sebelum makan. Telur cacing juga didapati dalam makanan yang tidak bersih. Cacing kait pula boleh masuk melalui kaki anak yang tidak berkasut. Cacing yang matang akan hidup di dalam usus anak dan memakan makanan yang ditelan oleh anak. Darah pun akan disedut dan lama-kelamaan anak akan menjadi pucat. Cacing boleh menjangkiti anak-anak yang tinggal di kampung-kampung dan juga di bandar-bandar. Amalan kesihatan yang baik akan menolong menghapuskan jangkitan cacing di kalangan kanak-kanak.

Tanda-Tanda
·Kebanyakkan anak tidak mempunyai apa-apa tanda
·Gatal di dubur, muntah cacing, najis bercacing (cacing kerawit, cacing gelang)
·Pucat, letih lesu (cacing kait)

Tindakan Ibubapa
·Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum dimakan
·Basuh tangan semasa menyiapkan makanan dan sebelum makan
·Jauhkan anak daripada kawasan kotor, berlumpur dan bertanah
·Jangan membiarkan anak berkaki ayam ketika berjalan atau bermain di luar rumah.

Rujukan Kepada Doktor
·Untuk meminta nasihat
·Mencari sebab-sebab lain mengapa anak pucat dan letih lesu

☆Kanak-kanak boleh diberi ubat cacing (seperti Combantrin, Zentel dsb) satu hingga dua kali setahun

Leave a Reply

Labels