Wednesday 23 May 2012

CAMPAK

0 comments



CAMPAK

Campak ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus campak. Penyakit ini bermula dengan tanda-tanda selesema, batuk dan mata merah. Anak akan demam dan disusuli dengan timbulnya ruam merah. Ruam ini bermula di muka dan leher selepas 4 hari anak demam dan seterusnya keseluruh badan. Ruam ini berterusan sehingga seminggu. Campak adalah jangkitan kanak-kanak yang selalunya tiada kesan sampingan. Ia merupakan salah satu daripada penyakit kanak-kanak yang boleh dicegah dengan suntikan pelalian campak. Pelalian ini diberi ketika anak berumur 9 bulan.

Tanda-Tanda
·Selsema, mata merah dan berair pada permulaan penyakit
·Batuk dan demam
·Ruam merah di muka dan merebak ke seluruh badan

Tindakan Ibubapa
·Beri ubat paracetamol jika anak demam
·Beri anak minum secukupnya
·Jangan hantar anak ke sekolah
·Sapukan losyen calamine untuk mengurangkan kegatalan

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
·Tanda-tanda campak dikenal pasti
·Kadar pernafasan anak melebihi 40 kali seminit
·Batuk yang berpanjangan
·Demam yang tidak reda sesudah diberi ubat
·Anak tidak makan dan minum secukupnya
·Anak kelihatan letih lesu, terlalu mengantuk atau muntah-muntah
·Anak sawan

☆Anak yang menghidap campak boleh menjangkitkan orang lain sehari sebelum permulaan tanda pertama sehingga 4 hari selepas ruam timbul. Komplikasi-komplikasi campak termasuk pneumonia, jangkitan telinga dan sawan. Semua komplikasi campak boleh dielakkan dengan suntikan pelalian campak.

Leave a Reply

Labels