Friday 4 May 2012

Detik Bahagia Scha dan Awal

0 comments


FASA baharu dalam kehidupan sudah menjelma buat pemilik nama aktor dan pengacara Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari. 

Sah bergelar suami kepada aktres dan pengacara Scha Al-Yahya, 29, menerusi upacara akad nikah yang berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada hari ini, Jumaat 4 Mei, kata Awal, walaupun dirinya dilanda perasaan gemuruh untuk diijabkabulkan, namun dalam masa yang sama dia berasa teruja memperisterikan Scha.

"Sememangnya saya dilanda gemuruh sebelum diijabkabulkan dan perasaan itu bercampur-baur, bergaul antara jiwa yang teruja dan hati yang berdebar-debar," ucap Awal yang ditemui di butik Atikah's Songket di Taman Tun Dr. Ismail kelmarin. 

Scha yang setia menemani Awal untuk melihat sebahagian daripada kelengkapan perkahwinan mereka di butik tersebut pula dalam senyuman yang manis memberitahu dia sememangnya sudah bersedia untuk bergelar isteri Awal.

Malah, Scha penuh terbuka membicarakan tentang perancangan memperoleh zuriat bersama Awal. Kata Scha: "Saya dan Awal tidak merancang keluarga tetapi kalau dapat tiga orang anak, itu sudah memadai buat kami." 

Apa yang pasti, dalam melayari bahtera perkahwinan, Awal dan Scha merancang untuk meraikan penyatuan cinta mereka itu dengan berbulan madu di New York selama 10 hari.

"Saya dan Scha memilih New York kerana di sana banyak lokasi menarik yang boleh dilawati bersama," ujar Awal yang turut memberitahu perancangan awal untuk berbulan madu di Eropah selama dua atau tiga minggu akan tetap diteruskan yang berkemungkinan pada bulan Disember ini.

Pemilihan New York sebagai lokasi bulan madu juga adalah kerana Awal dan Scha akan mulai sibuk dengan kerjaya masing-masing usai majlis perkahwinan ini yang bakal disempurnakan dengan majlis resepsi pada Ahad, 6 Mei ini pukul 8 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"Saya akan memulakan tugasan sebagai hos bual bicara saya sendiri iaitu Awal Lagi menjelang 18 Mei ini, manakala Scha pula bakal memulakan penggambaran filem terbaharunya, Dampak pada pertengahan bulan Jun," bicara Awal.

Dalam pada itu, Awal mengakui dia memandang serius terhadap institusi kekeluargaan yang kini baru dibinanya bersama Scha. Ujarnya, perkahwinan bukan kayu pengukur populariti malah status seseorang artis bukan batu penghalang untuk meneruskan karier.

"Zaman dahulu mungkin perkara itu boleh diterima pakai, peminat sekarang lebih bijak dan boleh menerima seseorang artis bukan kerana status mereka," tegas Awal.

Raih banyak tajaan

Sudah lumrah sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, ternyata Awal dan Scha sangat bertuah kerana majlis perkahwinan mereka turut mendapat tajaan pelbagai pihak.

Bagi Awal, segala tajaan yang diterima merupakan sesuatu yang di luar jangkaan sama sekali dan mereka sangat berterima kasih kepada semua pihak yang telah sudi untuk memberi tajaan tertentu untuk majlis perkahwinan mereka. sumber




Leave a Reply

Labels