Friday 4 May 2012

Harga Lelongan Cawan Lady Gaga Mencecah RM151,000

0 comments


Set cawan dan piring buatan China itu digunakan Lady Gaga semasa satu sidang media di Tokyo selepas tiga bulan Tsunami dan bencana gempa bumi melanda bahagian timur laut Jepun itu pada Mac tahun lalu yang mengorbankan sekitar 19,000 orang.

Memeranjatkan, beberapa peminat Lady Gaga telah menawarkan lebih empat juta yen (RM151,350) untuk membeli set cawan tersebut yang mempunyai tanda gincu Lady Gaga.

Lelongan amal di internet ini bermula pada 1 Mei dan akan berlangsung selama lima hari. Cawan tersebut telah dilelong di laman web Yahoo! Japan Auctions tengah hari kelmarin dengan harga permulaan ditetapkan pada satu yen (RM0.03) sahaja.

Tujuan lelongan ini diadakan kerana Lady Gaga mahu hasil lelongan tersebut disalurkan untuk membantu artis-artis muda Jepun untuk menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. Cawan bertulis tulisan Jepun bermaksud “We pray for Japan” dengan kesan bibir Lady Gaga dan juga tandatangannya kini menjadi rebutan.



Lady Gaga memang terkenal dengan sikap pemurahnya. Mungkin strategi untuk tambah lebih banyak peminat dan pengikut, menghargai mereka atau memang sikap semulajadinya begitu.



Leave a Reply

Labels