Thursday 3 May 2012

Eclipse: Android dari YES

0 comments



Harga Eclipse dari Yes4G di Malaysia adalah RM1,688 untuk set sahaja, jika Anda mahukan harga lebih rendah bolehlah mendaftar untuk menjadi pelanggan postpaid Yes4G dengan memilih salah satu daripada pakej kontrak yang ditawarkan. Eclipse dipasang dengan Android 2.2 Froyo, skrin 4.1 inci jenis WVGA dengan 262,000 piksel berwarna, dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon berkepantasan 1Ghz, dilengkapi kamera belakang dengan lensa 5MP, RAM 512MB dan dibekalkan slot khas untuk pemilik memasukkan kad memori.

Pada pendapat kami, versi Android pada Eclipse agak ketinggalan namun penggunanya masih boleh download apa jua aplikasi untuk Android dari Google Play Market sepertimana pengguna Android lain, capaian 4G membuat Eclipse sebuah smartphone Android yang cukup berbeza dari smartphone lain yang ada di pasaran kerana menggunakan 4G pasti memberikan pengguna capaian internet pantas, lebih pantas dari 3G.
Jika kawasan Anda terdapat coverage 4G dari Yes4G dan Anda mahu gunakan smartphone 4G untuk quick internent access, Eclipse merupakan pilihan yang terbaik. Tapi jika Anda mahukan smartphone Android terbaru dan capaian internet mudah alih sekadar 3G atau WiFi, Anda boleh beli model smartphone lain seperti Samsung Galaxy Nexus atau HTC One X.

Kami tidak pasti sama ada versi Android di dalam Eclipse boleh di upgrade oleh pengguna ke Android 4 Ice Cream Sandwich kerana tidak ada apa-apa informasi mengenainya dari laman web Yes4G sama ada di muka depan atau di ruang FAQ (Frequently Asked Question). Mungkin, Yes4G akan mengeluarkan smartphone model lain yang lebih baru selepas Eclipse membawakan Android 4 ICS. Kami mengagak Yes mungkin akan mengeluarkan tablet Android mereka sendiri setelah melihat respon pengguna terhadap kemunculan Eclipse.

Leave a Reply

Labels