Wednesday 2 May 2012

Amalan Sarapan yang Sihat

0 comments







Sarapan pada asasnya merupakan salah satu daripada diet seharian. Oleh itu, sarapan yang sihat perlulah mengikut pola makanan seimbang seperti berikut :

1.                  Sarapan seelok-eloknya mengandungi 55-60 peratus karbohidrat, 10-15 peratus 
            protein dan 20-25 peratus lemak

2.                  Masa makan hendaklah diatur secara tersusun dalam beberapa masa makan 
            tertentu dalam satu hari. Ini bertujuan mencegah kadar kandungan gula darah  
            turun dan naik secara mendadak dan tidak membebankan pencernaan makanan 
       dalam perut. Satu hidangan penuh perlulah disesuaikan dengan 5-6 kali makan dalam bentuk hidangan bersukat

3.                  Pembahagian hidangan makanan seharian boleh diatur dengan cara seperti 
            berikut :

a)     Sarapan mengandungi 20 -25 peratus

b)     Makan tengahari dan makan malam pada kadar 30 peratus setiap satu

c)      Dua kali berselang antaranya sebanyak 10 peratus


4.                  Kalori keseluruhan hidangan perlu disesuaikan mengikut keperluan tubuh dengan 
            mengambil kira pola aktiviti fizikal

5.                  Sumber karbohidrat tidak semestinya nasi. Ianya boleh digantikan dengan 
            kentang, bijirin, dan produk hasilannya seperti roti dan biskut

6.                  Sumber protein yang mudah dan berkualiti baik biasanya mudah dihidangkan 
            semasa sarapan seperti telur, susu dan yoghurt yang mana juga disukai oleh 
            kanak-kanak

7.                  Sediakan sarapan daripada jenis makanan yang cukup dengan kandungan 
            seratnya

Leave a Reply

Labels