
Saturday, 19 May 2012
Elemen Islamik Cabaran Terbaru Filem Syamsul Yusof
Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengakui cabaran utama dalam menghasilkan filem terbaru Jalan Kembali... Bohsia 2 adalah untuk mengimbangi elemen aksi, drama, komedi dan Islamik itu agar ia tidak klise.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata sebagai
pengarah yang turut menulis skrip filem itu bersama sepupunya Rizal
Ashref, dia perlu memastikan kandungan karya berkenaan padat dengan
unsur-unsur hiburan dan mesej tetapi mempunyai kelainan daripada
filem-filem sebelum ini.
“Cabaran paling besar yang saya hadapi adalah untuk memastikan filem
ini berbeza dan tidak klise daripada filem-filem aksi yang pernah
dihasilkan. Sebenarnya amat sukar untuk mengimbangi elemen-elemen aksi, drama,
komedi dan Islamik dalam sebuah filem yang bertemakan rempit,” ujarnya
kepada mStar Online.
Katanya, buat julung kali juga, dia menyelitkan elemen Islamik dalam filem bertemakan rempit dan kritikan sosial sebagai mesej.
“Ini pertama kali saya masukkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis dalam dialog filem ini sebagai pengajaran kepada penonton. Yang penting, dalam menghiburkan penonton kita perlu imbangi sesebuah filem dengan mesej dan pengajaran,” jelasnya.
Dalam pada itu, bapa kepada Syamsul selaku penerbit filem itu, Datuk
Yusof Haslam berkata dia masih melakukan pemantauan terhadap filem itu
bagi menjaga perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang kontroversi
atau isu di kemudian hari.
Filem yang merupakan sambungan kepada Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) itu adalah filem ketujuh arahan Syamsul dan ke-28 terbitan syarikat produksi keluarganya, Skop Production.
Selain Syamsul, ia turut dibintangi antaranya Nabila Huda, Salina Saibi, Sofi Jikan dan Zizan Razak.
Jalan Kembali... Bohsia 2 bakal ditayangkan di 80 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 7 Jun depan. -mStar Online

Subscribe to:
Post Comments (Atom)