Sunday 6 May 2012

Ferguson Kenal Pasti Punca Kemerosotan

0 comments

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengadakan inkues bagi menyiasat punca kemerosotan pasukan itu dalam kempen Liga Perdana England musim ini.

Ferguson menegaskan, keputusan seri 4-4 dengan Everton pada 22 April lalu perlu dipersalahkan sekiranya skuad The Red Devils gagal mempertahankan gelaran liga.

United yang memiliki kelebihan lapan mata untuk mengungguli kedudukan teratas liga sebulan lalu ketinggalan di tempat kedua pada minggu kedua terakhir kempen musim ini.

Selain perlu memenangi kedua-dua perlawanan terakhir, United juga berharap pencabar utama, Manchester City akan mengalami kekalahan bagi membolehkan mereka mencipta sejarah merangkul gelaran liga ke-20 musim ini.

Skuad bimbingan Ferguson perlu menewaskan Swansea City di Old Trafford dan berharap Newcastle United mampu menyekat kemaraan City malam ini.

"Saya rasa, keputusan seri dengan Everton menjadi punca kemerosotan kami. Para pemain menampilkan persembahan yang buruk pada 10 minit terakhir permainan. Kami tidak berhati-hati.

"Sangat mudah untuk bercakap mengenai sejarah kelab yang bermain secara menyerang setiap masa tetapi ia adalah satu persembahan yang bodoh dan ia telah meletakkan kami di belakang. Tidak ada keraguan lagi mengenai perkara itu.

"Sekiranya kami gagal memenangi gelaran juara liga, kami perlu menyalahkan perlawanan menentang Everton. Tidak ada keraguan lagi," kata Ferguson.

Sementara itu, Ferguson perlu mengkaji semula kemampuan para pemain sekiranya United gagal untuk menjuarai saingan liga domestik dan menampilkan prestasi yang hambar sepanjang tahun ini.

Ketika menerima kunjungan Everton pada 22 April lalu, United mendahului 4-2 sebelum gawang pasukan itu bolos dua kali ketika permainan hanya berbaki tujuh minit. 

Lebih malang, United tewas 0-1 kepada City seminggu selepas mereka seri dengan Everton itu. - AFP




Leave a Reply

Labels