Sunday 6 May 2012
Mourinho Tak Minat Chelsea
MADRID - Pengurus Real, Jose Mourinho dilaporkan bakal menolak
tawaran daripada pemilik Chelsea, Roman Abramovich untuk menjadi
pengurus skuad The Blues.
Pengendali kelahiran Portugal itu dijangka akan menandatangani
kontrak baharu selaku jurulatih Real yang dianggarkan bernilai £10 juta
(RM49 juta) setahun selepas cukai.
Real yang baharu sahaja menjulang trofi Liga Sepanyol mahu memastikan
Mourinho kekal selaku jurulatih kelab itu meskipun Abramovich cuba
membawa bekas pengurus Chelsea itu ke Stamford Brigde.
Presiden Real, Florentino Perez telah menawarkan kontrak selama tiga
tahun kepada Mourinho yang bakal menikmati pendapatan mingguan sebanyak
£190,000 (RM933,804), sekali gus kekal di kelab itu sehingga tahun 2015.
Sumber dalam Real mendedahkan: "Kami semakin hampir untuk mencapai persetujuan mengenai perjanjian itu.
"Perundingan berjalan dengan lancar dan Mourinho telah diberikan
tawaran baharu. Kami sedang menunggu beliau menandatangani kontrak itu."
Perjanjian itu dilakukan sebagai penghargaan kepada Mourinho yang
berjaya merampas gelaran Liga Sepanyol daripada Barcelona ketika saingan
musim ini masih berbaki dua perlawanan.
Kemenangan itu adalah yang pertama sejak tahun 2008, sekali gus
menjadikan Mourinho muncul selaku pengurus pertama yang memenangi
gelaran liga domestik di empat buah negara iaitu Portugal, England,
Itali dan Sepanyol.
Kekalahan kepada Bayern Munich pada aksi separuh akhir Liga
Juara-Juara menyebabkan Mourinho enggan meninggalkan Sepanyol meskipun
sebelum ini beliau menyatakan hasrat untuk kembali ke England.
Kini, Mourinho berazam untuk membantu Real menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak tahun 2002. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)