Friday 4 May 2012
Game Tempatan: Where's My Chicken
Where’s My Chicken merupakan salah satu permainan Android yang
dibangunkan oleh pembangun Malaysia, Accurve Studios. Setelah mereka
mencatatkan lebih daripada 20,000 muat-turun pada minggu lepas, kini
permainan percuma untuk peranti Android itu telah dimuat-turun lebih
daripada 50,000 kali.
Aplikasi permainan ringkas itu, dihasilkan khas untuk platform Android,
membawakan permainan dimana pemain perlu menjaga sebuah reban ayam,
dengan mengumpulkan telur yang dihasilkan ayam, disamping menjaga ayam
daripada menjadi mangsa musang.
Apa yang lagi menariknya mengenai permainan ini adalah dimana ia
dibangunkan oleh hanya dua orang sahaja, dimana seorang mengaturcara
permainan tersebut, dan seorang lagi membuat rekabentuk dan grafik
untuknya. Dengan angka muat-turun yang meningkat hampir 30,000 dalam
masa seminggu, mungkin kita akan dapat melihat angka muat-turunnya
meningkat dari hari ke hari, dan menjadi salah satu permainan yang
popular dari pembangun tempatan.
Jadi, sekiranya anda mempunyai peranti Android, mungkin boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Market, dan pada masa yang sama, berkongsi mengenainya bersama rakan-rakan pengguna Android anda yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)