Friday 4 May 2012
Max Payne Mobile
Rockstar Games telah pun melancarkan permainan Max Payne Mobile mereka
untuk para pengguna iPhone dan juga iPad, membolehkan mereka
memuat-turun permainan tersebut daripada AppStore pada harga cuma $2.99
(~RM9.15). Ini sekaligus menjadi permainan kedua daripada Rockstar
Games, setelah memperkenalkan permainan GTA 3 kepada pengguna iOS
sebelum ini.
Melalui Max Payne Mobile, ia membawakan permainan yang dioptimasikan
untuk para pengguna iPhone dan juga iPad, membolehkan mereka menikmati
pelbagai perkara sama seperti pada versi desktopnya, termasuk fungsi
popular, dinamakan sebagai Bullet Time. Ia juga membawakan resolusi HD
padanya, dan menyokong paparan Retina yang dibawakan oleh iPad baru.
Bagi para pengguna iPhone 3GS dan terkini, dan juga iPad, anda boleh
memuat-turun permainan bersaiz lebih kurang 1.1GB ini terus daripada AppStore hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)