Wednesday 23 May 2012

KENCING KOTOR SEMASA HAMIL

0 comments



MASALAH KENCING KOTOR SEMASA HAMIL

Masalah kencing kotor sewaktu hamil dianggarkan berlaku di dalam hampir 30 peratus wanita hamil. Kebanyakannya mengalami gejala-gejala seperti yang puan alami iaitu sakit ketika kencing, sakit di bahagian ari-ari, kerap membuang air kecil dan air kencing yang keluar sedikit sahaja. Jika keadaan ini berlaku, doktor akan melakukan :

1. Pemeriksaan air kencing di makmal untuk memastikan adanya “jangkitan” dalam sampel air kencing puan. Ujian ini dikenali sebagai UFEME dan urine C&S.

2. Memberi antibiotik yang sesuai dengan keadaan puan yang sedang hamil. 

3. Memberi ubat seperti ural untuk menukar pH air kencing ke tahap alkali.

Untuk makluman, masalah jangkitan air kencing boleh mendatangkan komplikasi jika tidak dirawat dengan sebaik-baiknya. 
Di antara komplikasinya ialah jangkitan merebak ke ginjal ibu hamil (pyelonephritis), kuman akan merebak kepada bayi dalam kandungan dan boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang.

Oleh yang demikian, pastikan puan mengikuti nasihat yang doktor berikan. Dalam masa yang sama, habiskan ubat-ubat yang diberi. Tidak ketinggalan juga, jangan lupa mengikuti rawatan susulan klinik antenatal sehinggalah puan selamat melahirkan bayi nanti.

Leave a Reply

Labels