
Thursday, 31 May 2012
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DAN ANAKNYA
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk
ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari
belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ”Lihat
itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan
kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun
dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang
demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya
berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab
anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas
belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata
lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh
menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya
turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua
orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim
telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka
orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah
S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam
tiap-tiap satu."

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
minta izin copy paste d facebook