
Friday, 1 June 2012
Anak Kecil Takut Api Neraka
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang
berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang
anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata,
"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat
al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina
aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang
beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya
takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya
kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang
berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama
sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu
kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini
akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini
lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan
kami nanti?"

Subscribe to:
Post Comments (Atom)