Sunday 6 May 2012
Krisdayanti sedut lemak
USAI melahirkan anak perempuan hasil perkahwinan dengan Raul Lemos,
Krisdayanti memutuskan untuk menyedut lemak agar tubuhnya kembali
seperti dahulu. Perubahan ini bagaimanapun tidak disedari suaminya,
Raul.
Keputusan KD untuk membuat rawatan sedutan lemak dengan cara laser
dilakukan demi membahagiakan Raul. Buat KD, wang bukan satu isu besar.
"Kita perlu membelanjakan sedikit wang untuk mendapatkan doktor yang
berpengalaman dan bersesuaian. Tapi jangan pula korbankan diri
semata-mata mahu murah. Di luar negara (kos pembedahan kosmetik) mahal,
di sini (Jakarta) lebih murah," katanya.
Usai menjalani rawatan tersebut, bekas isteri Anang Hermansyah ini
masih perlu menjalani proses rawatan yang lain. Meskipun proses rawatan
tersebut adalah berbahaya, KD tetap mahu melakukannya demi tampil
cantik. -kosmo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)