Friday, 4 May 2012
Little Bits: Lego Berkuasa Elektrik
Bagi kebanyakkan orang, Lego boleh dikatakan salah satu permainan
yang membawa kreativiti ke suatu tahap yang baru, dimana ia bukan sahaja
disukai oleh kanak-kanak, tetapi juga oleh orang dewasa. Mengambil
konsep yang lebih kurang sama, kini LittleBits diperkenalkan, membolehkan sesiapa sahaja membangunkan dan membawa kreativiti mereka dengan menggunakan peralatan elektronik.
Melalui LittleBits, ia membolehkan sesuatu komponen digabungkan
dengan yang lain menggunakan sokongan magnet, sekaligus memudahkan anda
menanggalkannya dan memasangnya. Setiap komponen dengan sokongan
elektrik yang berbeza dikategorikan mengikut warna, seperti untuk input,
lampu LED, motor, suis, dan sebagainya. Memandangkan ia masih lagi
baru, pembangunnya mensasarkan untuk memperkenalkan lebih banyak
komponen dari semasa ke semasa, disamping mengeluarkan rekabentuk mereka
dalam bentuk sumber terbuka untuk digunakan oleh semua.
Buat masa ini, harga LittleBits
agak mahal, dan mungkin tidak mampu milik oleh semua orang. Namun,
mungkin melalui LittleBits kelak, ia akan meningkatkan minat kanak-kanak
(mahupun dewasa) dalam bidang elektronik, disamping membawa kreativiti
ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































