Friday, 4 May 2012
Nokia Carla
Kini dengan pengguna Nokia (berasaskan Symbian) sedia ada telah
pun menerima kemaskini Nokia Belle pada peranti mereka, generasi
seterusnya untuk platform Symbian ataupun yang mana kini dikenali
sebagai Nokia OS telah pun mula kedengaran, diperkatakan Nokia Carla akan dilancarkan untuk peranti yang disokong pada suku tahun ke-empat tahun ini.
Sebelum kemaskini tersebut dikeluarkan kepada peranti Nokia sedia
ada, seperti Nokia N8, C7, E7, X7 dan lain-lain, Nokia dijangka akan
memperkenalkan beberapa model sedia ada, iaitu Nokia 603, Nokia 700 dan
juga Nokia 701 dengan Nokia Carla bermula daripada suku tahun ketiga
tahun ini. Selepas pelancaran peranti tersebut, kemaskini dijangka akan
diperkenalkan untuk peranti Nokia Belle sedia ada.
Buat masa ini, fungsi baru penuh yang bakal didatangkan bersama-sama
dengan Nokia Carla masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, ia
diperkatakan, Nokia turut sama akan memperkenalkan kemaskini Carla versi
ringan untuk peranti dengan kuasa pemprosesan kurang 1GHz, membolehkan
pengguna peranti sedia ada turut menikmati sokongan kemaskini tersebut.
Walaupun Nokia kini memfokuskan pada peranti Windows Phone, nampaknya
mereka masih mengekalkan sokongan untuk peranti Symbian sedia ada, dan
bakal membawakan pelbagai kemaskini pada platform sistem operasi yang
antara terawal, Symbian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































