Thursday 3 May 2012
Mozilla Thunderbird
Selain daripada melancarkan pelayar web Firefox 12, Mozilla juga
turut sama mengemaskini klien untuk emel daripada mereka, iaitu
Thunderbird kepada versi yang serupa dengan Firefox, iaitu Thunderbid
12. Melalui kemaskini yang diperkenalkan, ia membawakan peningkatan dari segi sekuriti, selain mengatasi beberapa masalah yang telah dikenal-pasti sebelum ini.
Thunderbird 12 memfokuskan sepenuhnya kepada sekuriti, dan tiada
sebarang perubahan yang tampak didatangkan bersama-sama dengannya.
Walaubagaimanapun, memandangkan ia berkaitan dengan keselamatan dan
sekuriti, dan emel adalah salah satu medium komunikasi utama pada era
digital kini, maka ia dinasihatkan semua pengguna sedia ada untuk
mengemaskininya serta-merta.
Bagi para pengguna Thunderbird sedia ada, anda boleh ke menu Help,
dan memilih About Thunderbird untuk menjalankan kemaskini secara
automatik, manakala bagi para pengguna baru yang ingin mencubanya, boleh
memuat-turun Thunderbird 12 secara percuma daripada laman rasmi mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)