Saturday, 19 May 2012

Nasim Sasar Jual 9,300 Unit Kereta Peugeot Tahun Ini

0 comments

Nasim Sdn Bhd, pengedar kereta jenama Peugeot di Malaysia, menyasarkan untuk menjual 9,300 unit kereta Peugeot pada tahun ini, yang melepasi jualan 5,400 unit kereta jenama itu pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Operasi Datuk Samson Anand George berkata syarikat itu berkeyakinan untuk mencapai sasaran itu dengan pengenalan empat model baharu pada tahun ini dan pengedaran serta rangkaian servis selepas jualan yang dipertingkatkan.

"Bagi tahun ini, kami akan melaksanaan fasar kedua eksersais pengembangan rangkaian kami."
"Melalui pelan pengembangan rangkaian dan tawaran produk baharu ini, kami menyasarkan untuk menjual 9,300 unit yang mewakili lonjakan 72 peratus berbanding 2011," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat 2S (servis dan alat ganti) yang baharu di sini Isnin.

Tahun ini, katanya Nasim merancang membuka sembilan pusat 3S (jualan, servis, dan alat ganti) di seluruh negara di bawah eksersais pengembangan fasa kedua.

"Bagi tujuan ini, syarikat telah mengenepikan antara RM2 juta hingga RM4 juta bagi setiap pusat," katanya.
Samson berkata syarikat itu turut mengembangkan pasaran eksport ke negara-negara jiran serta di Afrika, yang menggunakan variasi pemanduan sebelah kanan.

Katanya jualan eksport 2012 dijangka melepasi jualan 500 unit pada tahun lepas tetapi angka sebenar akan diumumkan semasa pelancaran model Peugeot T73 pada suku kedua tahun ini.

Sementara itu, mengenai pusat 2S yang baharu yang menelan kos pembinaan RM1 juta, katanya ia akan menampung keperluan para pelanggan di Balakong, Cheras Selatan, Kajang, Semenyih, Seri Kembangan, Serdang and Bangi.

Pusat berkeluasan 2,694 meter persegi itu dilengkapi dengan 12 kawasan servis dan mempunyai kapasiti 36 buah kereta sehari.Kini, ia merupakan pusat servis Peugeot terbesar di negara ini. - BERNAMA



Leave a Reply

Labels