Wednesday 23 May 2012

PANDUAN MEMILIH TASKA

0 comments



PANDUAN MEMILIH TASKA YANG TERBAIK

1. Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut.

2. Anda kena pastikan taska tersebut ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)

3. Perhatikan tahap keselamatan di tempat tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan taska/tadika. Intermediate house adalah di larang.

4. Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Itu amatlah penting!

5. Anda bayar, tentu anda ada hak untuk tahu apa yang diajarkan kepada anak anda. Jika anda nak tahu, pengasuh taska pun perlu buat Lesson Plan/Rancangan mengajar. Ini adalah guideline dan peraturan JKM sendiri.

6. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh/guru anak anda. Nombor telefon mesti ada dan selalulah tanya tentang anak anda dan tanya perkembangannya.

7. Tanya juga tentang makanan yang disediakan oleh taska/tadika. Ia mestilah yang berkhasiat!

8. Sebelum anda buat keputusan untuk menghantar anak anda, tanya-tanyala kepada parents lain yang menghantar anak ke situ. Tanyalah tentang pengasuh, kebersihan dan keselamatan di tempat tersebut.

Leave a Reply

Labels