Wednesday 23 May 2012

PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH KANAK-KANAK

0 comments



MITOS TENTANG PENGUNAAN KOMPUTER OLEH KANAK-KANAK

Penggunaan Komputer Oleh Kanak-kanak 
Adakah komputer membawa pengaruh yang negatif kepada kanak-kanak?

Terdapat ramai ibu bapa yang tidak menggalakkan anak mereka meneroka atau bermain dengan komputer dengan anggapan komputer mungkin boleh membawa pengaruh negatif ke atas perkembangan mereka. Adakah terdapat bukti kukuh untuk mengesahkannya? Bolehkah komputer menjejaskan perkembangan kanak-kanak?

Mitos # 1: Anak saya masih terlalu kecil untuk menggunakan komputer
Ini tidak benar. Kajian menunjukkan kadar pembelajaran kanak-kanak adalah paling cepat pada usia satu hingga enam tahun. Pada usia ini, mereka menyerap kebanyakan daripada apa yang mereka lihat atau belajar. Namun, kebanyakan kajian juga mengesyorkan bahawa umur tiga hingga empat tahun merupakan usia terbaik untuk mengajar si manja menggunakan komputer. Mereka telahpun membentuk pemikiran logikal dan tahap kebijaksanaan tertentu pada usia ini.

Mitos # 2: Buku sahaja sudah memadai sebagai sumber pembelajaran
Memang tidak salah untuk menyediakan semua buku di dunia ini kepada si manja. Tetapi, anda perlu tahu terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang berbeza dalam pembelajaran. Selain daripada membaca, ‘bermain’ juga merupakan suatu aktiviti yang boleh membantu si manja membentuk kemahiran intelektual yang penting. Menerusi cara yang sama, penggunaan komputer akan membantunya membentuk satu atau lebih banyak lagi kemahiran sedemikian.

Mitos # 3: Saya bimbang anak saya akan ketagih dan kurang bergaul
Ini tidak akan berlaku jika kita memainkan peranan kita dalam membantu anak-anak kita mencari keseimbangan antara masa yang dihabiskan dengan komputer dan aktiviti-aktiviti lain. Sebagai contoh, kita boleh menetapkan peraturan dan syarat seperti menetapkan penggunaan komputer dengan had masa atau menghadkan penggunaan komputer untuk tujuan memanfaatkan pembelajaran anak anda.
Kebaikan Penggunaan Komputer Awal oleh Kanakkanak
Pertingkatkan kemahiran pembelajaran – Kajian menunjukkan penggunaan komputer membantu • merangsang minda yang berkembang, memperbaiki pengenalan huruf, kemahiran dan komunikasi lisan serta kemahiran berkonsep. Ia turut membantu si manja menyesuaikan diri dan belajar lebih cepat.
Merangsang kreativiti – Peluang untuk membentuk kreativiti menerusi penggunaan komputer tiada batasan. Program yang membolehkan anak anda menggubah lagu, menyelesaikan masalah logik kompleks dan pelbagai lagi membantu membuka ‘jendela peluang’ untuk imaginasi dan kreativiti.
Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah – Mereka yang menggunakan komputer sudah biasa mencari punca masalah dan menyelesaikan masalah secara logik. Ini akan membantu si manja memiliki proses pemikiran yang logikal dan juga memperbaiki kemahiran menyelesaikan masalahnya.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMULAKANNYA?

1.Galakkan si manja untuk bertanya dan bersabarlah apabila mengajarnya cara menggunakan komputer.

2.Perhatikan aktiviti dan kemajuan anak anda.
Mulakan dengan mengajar mereka mencari maklumat yang menarik minat mereka. Contohnya, jika mereka ingin belajar tentang dinosaur, ajar mereka bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang dinosaur menggunakan enjin pencarian yang mudah.

3.Cari program atau perisian komputer yang boleh memanfaatkan anak anda.

4.Pastikan bilik komputer dalam keadaan teratur dan tunjukkan tabiat menggunakan komputer yang baik supaya boleh diikuti oleh anak anda.

Leave a Reply

Labels