Wednesday 2 May 2012

Petua Bahan Gantian Masakan

0 comments
Seringkali kita ingin memasak atau membuat kuih muih, baru kita perasan sesetengah barang telah kehabisan ataupun terlupa untuk dibeli. Ini akan mengganggu dan memperlambatkan kerja memasak. Sebagai perkongsian maklumat bersama, sesetengah bahan masakan itu boleh digantikan dengan bahan lain tanpa merosakkan resepi dan hasil kuih yang akan dibuat nanti.

1.                  Serbuk Penaik (1 sudu teh) : Campurkan ¼ sudu teh soda bikarbonat dengan ½ 
            sudu teh krim tartar
2.                 Mentega Susu (1 cawan): 1 cawan yoghurt atau 1 sudu makan cuka dicampurkan 
            dengan susu. Cara kedua ialah 1 sudu makan air perahan lemon dicampurkan 
            dengan susu (untuk hasil 1 cawan)
3.                  Tepung Kek (1 cawan) : 1 cawan tepung gandum dicampurkan dengan 2 sudu 
             serbuk penaik dan diayak
4.                  Coklat (1 auns) : 3 sudu makan serbuk koko dicampurkan dengan 1 sudu makan 
             mentega atau marjerin
5.                  Krim Light (1 cawan) : 1 ½ sudu makan mentega dicampurkan dengan 1 cawan susu
6.                  Krim Whipped (1 cawan) : ½ cawan mentega dicampurkan dengan susu
7.                  Herba Segar (1 sudu makan) : 1 sudu teh herba kering
8.                  Madu (1 cawan) : 1 ¼ cawan gula ditambahkan ¼ cawan air
9.                  Jus Lemon (1 sudu makan) : 1 sudu makan cuka putih
10.             Susu Skim (1 cawan) : 1/3 cawan susu tepung tanpa lemak dicampurkan ¾ cawan 
            air
11.              Cendawan Segar (250 gram) : 12 auns cendawan tin yang ditoskan

Leave a Reply

Labels