Wednesday 23 May 2012

TIPS AJAR ANAK MAKAN SAYUR

0 comments



TIPS UNTUK AJAR KANAK-KANAK MAKAN SAYUR

Secara realitinya,sayur adalah antara makanan yang paling tidak digemari oleh kanak-kanak. Mungkin rasanya pahit dan mungkin warnanya yang tidak menarik perhatian berbanding makanan lain. Biasalah,sayur kebanyakannya berwarna hijau dan jarang sekali yang berwarna merah atau kuning atau lain-lain warna.

1) gunakan pendekatan kartun sebagai menarik minat anak:-
sebagai contohnya,kita lihat kartun Popeye, apabila dia makan bayam,dia akan jadi kuat =).
Kita boleh guna pendekatan itu untuk ajar anak lelaki makan sayur. Cakap dengan lembut dengan mereka,kalau mereka nak jadi kuat macam Popeye,mereka kena makan sayur.

untuk anak perempuan,kita boleh gunakan Snow White sebagai contoh.walau dalam kartun Snow White tidak menerangkan faktor kenapa dia cantik, tapi kita boleh katakan yang Snow White cantik kerana mereka makan sayur.Sudah tentu anak perempuan lebih tertarik untuk makan sayur.Mudah bukan!

2) cara penyediaan makanan(sayur) mestilah menarik perhatian:-
Gunalah cara yang kreatif.kita tak boleh samakan cara penyediaan makanan kanak-kanak dengan orang dewasa.Kita yang sudah besar ni,apa yang orang hidang,itulah yang kita makan. Tapi,kanak-kanak memilih untuk makan.Kalau ada daging dan sayur,mereka akan lebih suka mengambil daging.Jadi cara penyediaan yang kreatif perlu diambil berat.

3)ibu bapa sendiri perlu menunjukkan minat makan sayur:-

ini yang paling penting sebenarnya.Kalau ibu bapa sendiri tak makan sayur,bagaimana mahu anak untuk makan sayur." Mana tumpahnya kuah,kalau tak ke nasi." Waktu makan,ibu bapa sediakan makanan yang mempunyai sayuran lebih banyak daripada yang berdaging. Ibu bapa perlu tunjuk minat makan sayur dan bila makan sayur,cakaplah pujian terhadap sayur tu macam..

"Sedapnya sayur ni.lagi lazat dari daging ayam.."

"Papa suka makan sayur sebab papa boleh jadi kuat.."

"Mama suka makan sayur sebab sedap sangat.Boleh cantik macam Cinderella.."

sudah pasti kanak-kanak akan cepat tertarik untuk makan sayur.secara tidak langsung,kita dah pupuk minat mereka untuk makan sayur.

Leave a Reply

Labels