Wednesday 23 May 2012

TIPS MEMBUAT ANAK ANDA DIHARGAI

0 comments



TIPS MEMBUATKAN ANAK ANDA RASA DIRI MEREKA DIHARGAI

1) Ucapkan kata-kata yang manis untuk memuji kejayaan mereka.

Apabila anak anda mencapai kejayaan, mungkin dalam peperiksaan dan apa jua bidang, ucapkan tahniah atau kata-kata manis yang membuatkan hati mereka lebih gembira. Anda sebagai ibu bapa adalah tulang belakang mereka dan jika anda menyokong mereka, sudah pasti mereka terasa diri mereka sangat disayangi.


2) Berilah sokongan moral ketika mereka sedih.

Ketika anak sedang bersedih, dekatkan diri anda dengan mereka. peluk mereka dan bertanya apakah yang membuatkan mereka bersedih. Sudah pasti mereka akan menceritakan kesedihan mereka kerana mereka lebih selesa untuk berbicara. Jangan menambah kesedihan anak anda dengan menghukum mereka sebaliknya memberi sokongan moral untuk mereka kembali tersenyum.


3) Dengarlah pendapat dan kata-kata mereka.

Kadang-kadang, masalah utama ibu bapa ialah tidak mempunyai masa untuk mendengar kata-kata anak mereka. Ibu bapa lebih gemar memeberi arahan tetapi kurang mendengar luahan anak-anak.Ini membuatkan anak-anak memberontak untuk melakukan kesilapan. Ambil sedikit masa dan berbincang dengan anak anda.Jangan ingat diri mereka yang sekerdil itu tidak mampu memberi idea untuk mengubah cara kita.


4) Luangkan masa melakukan aktiviti bersama-sama

Masa bersama keluarga adalah waktu yang paling berharga bagi anak-anak.Jika hari bekerja anak-anak sukar dapat meluangkan masa bersama ibu bapa, gunalah waktu hujung minggu dengan sebaiknya. Lakukan aktiviti yang mereka minat bersama-sama dan InsyaAllah mereka dapat merasakan yang ibu bapa mereka sentiasa menyayangi mereka walaupun masing-masing sibuk dengan tugas.

Leave a Reply

Labels